Dr Asyraf: Jemaah haji terkandas kes pertama dalam 54 tahun

Dr Asyraf: Jemaah haji terkandas kes pertama dalam 54 tahun - Hallo sahabat Info Melayu, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dr Asyraf: Jemaah haji terkandas kes pertama dalam 54 tahun, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Dr Asyraf: Jemaah haji terkandas kes pertama dalam 54 tahun, Artikel Entertainment, Artikel Filem, Artikel Kabar, Artikel Movie, Artikel News, Artikel Pelakon, Artikel Politic, Artikel Sport, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dr Asyraf: Jemaah haji terkandas kes pertama dalam 54 tahun
link : Dr Asyraf: Jemaah haji terkandas kes pertama dalam 54 tahun

Baca juga


Dr Asyraf: Jemaah haji terkandas kes pertama dalam 54 tahun


BESUT: Tabung Haji (TH) sedang berusaha menangani kes jemaah haji yang terkandas ekoran tidak memperoleh visa dan usaha itu mendapat kerjasama sepenuhnya daripada kerajaan Arab Saudi, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Katanya, kes sedemikian pertama kali berlaku sejak 54 tahun Tabung Haji (TH) menguruskan jemaah haji dan namun hasil hubungan baik antara kedua-dua negara, kes berkenaan walaupun masih ada, tetapi pada kadar minimum.
“TH sedang menanganinya dengan cara terbaik dan mendapat kerjasama sepenuhnya daripada kerajaan Arab Saudi.“Kita telah berjaya mengawal keadaan dan menguruskan perkara ini. Ia melibatkan visa yang diproses oleh Arab Saudi dan bukannya TH tetapi kita terpaksa mengambil tanggungjawab kerana ia melibatkan kos penginapan yang akan meningkatkan kos operasi haji tahun ini.
“Setakat ini, kita dapati setiap penerbangan itu akan ada yang tercicir namanya daripada senarai yang mendapat visa yang diproses Arab Saudi.. tetapi alhamdulillah kita dapati ia semakin baik dan kebanyakannya telah berangkat,” katanya kepada pemberita selepas melawat 4 penuntut yang juga ahli Mahasiswa Kelantan (HIMSAK) di Hospital Daerah Besut yang cedera ekoran terlibat dalam tragedi bot terbalik berhampiran Pulau Rhu, di sini, semalam.
Mengenai tragedi tersebut, beliau berharap siasatan segera dapat dilakukan sambil melahirkan rasa simpati kepada mereka yang terlibat kerana HIMSAK bernaung di bawah Perhubungan Umno Malaysia.
Dalam kejadian tersebut, bot pelancong yang membawa 15 penumpang terdiri daripada penuntut beberapa universiti Institut Pendidikan Tinggi (IPT) dan pegawai HIMSAK dalam perjalanan pulang dari Pulau Perhentian ke Jeti Kuala Besut setelah menyertai program anjuran Umno Kelantan.
Bot tersebut tiba-tiba terbalik hingga mengorbankan Norhasibah Husna Ibrahim, 21, yang merupakan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) manakala 6 orang lagi cedera.

from PenangKini http://ift.tt/2vQasBD
By Info Melayu


Demikianlah Artikel Dr Asyraf: Jemaah haji terkandas kes pertama dalam 54 tahun

Sekianlah artikel Dr Asyraf: Jemaah haji terkandas kes pertama dalam 54 tahun kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dr Asyraf: Jemaah haji terkandas kes pertama dalam 54 tahun dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/08/dr-asyraf-jemaah-haji-terkandas-kes.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Dr Asyraf: Jemaah haji terkandas kes pertama dalam 54 tahun"

Catat Ulasan