Judul : Guan Eng tidak mahu jawab isu SPRM
link : Guan Eng tidak mahu jawab isu SPRM
Guan Eng tidak mahu jawab isu SPRM
Ketua Menteri, Lim Guan Eng hari ini sekali lagi tidak mahu mengulas tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.Menurut Guan Eng, pihaknya juga tidak akan memberi sebarang ulasan mengenai kenyataan beliau yang menyifatkan penahanan Exco Kerajaan Negeri, Phee Boon Poh berhubung kilang haram di Sungai Lembu, Penanti di sini sebagai ‘penahanan haram’.
“Buat masa ini saya tidak akan beri apa-apa komen,” katanya kepada pemberita ketika mengadakan lawatan kerja projek pembentungan di Relau di sini hari ini.
Yang turut hadir dalam lawatan itu ialah peguam Guan Eng, Ramkarpal Singh dan Boon Poh.
Semalam, SPRM dalam kenyataannya memberitahu akan mengambil tindakan ke atas Guan Eng kerana enggan memohon maaf selepas mengeluarkan kenyataan fitnah dengan menyifatkan penahanan Boon Poh sebagai ‘penahanan haram’.
SPRM pada 25 Ogos lalu turut meminta Guan Eng yang juga Setiausaha DAP belum disahkan jawatannya itu memohon maaf secara terbuka tanpa syarat kepada suruhanjaya itu dalam masa 48 jam tetapi beliau gagal berbuat demikian. -UTUSAN ONLINE
from PenangKini http://ift.tt/2j5narF
By Info Melayu
Demikianlah Artikel Guan Eng tidak mahu jawab isu SPRM
Sekianlah artikel Guan Eng tidak mahu jawab isu SPRM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Guan Eng tidak mahu jawab isu SPRM dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/09/guan-eng-tidak-mahu-jawab-isu-sprm.html
0 Response to "Guan Eng tidak mahu jawab isu SPRM"
Catat Ulasan