Judul : Malaysia bimbang keganasan, penindasan ke atas etnik Rohingya
link : Malaysia bimbang keganasan, penindasan ke atas etnik Rohingya
Malaysia bimbang keganasan, penindasan ke atas etnik Rohingya
Malaysia melahirkan kebimbangan terhadap keganasan dan penindasan berterusan yang dihadapi etnik Rohingya di wilayah Rakhine, Myanmar.Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, kementeriannya hari ini telah memanggil Duta Myanmar ke Malaysia, Sein Oo untuk menyatakan rasa tidak puas hati mengenai keganasan terkini di wilayah Rakhine negara itu.
“Walaupun negara-negara anggota ASEAN telah berulang kali membuat seruan terhadap Myanmar untuk mencari penyelesaian secara aman, Myanmar tidak menunjukkan kehendak mahupun hasrat untuk berbuat demikian.
“Meskipun kerajaan Myanmar memberi jaminan untuk melaksanakan pendekatan bagi menyelesaikan masalah, insiden-insiden keganasan yang dilaporkan media secara meluas baru-baru ini menunjukkan hanya sedikit kemajuan dicapai,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sehingga kini, laporan berhubung kekejaman ke atas etnik Rohingya di wilayah Rakhine masih berterusan dan terkini, kerajaan Myanmar bertindak menyekat kemasukan bantuan antarabangsa berupa makanan, air dan ubat-ubatan ke kawasan bergolak itu.
Menurut Anifah, Malaysia percaya isu keganasan dan penindasan yang dihadapi oleh etnik Rohingya perlu diangkat ke peringkat forum antarabangsa.
“Masyarakat antarabangsa telah meletakkan harapan besar terhadap Kaunselor Myanmar, Aung San Suu Kyi untuk mencapai keamanan dan perdamaian di Myanmar.
“Sebagai penerima Anugerah Nobel yang berdiri untuk prinsip-prinsip hak asasi manusia, menjadi harapan Malaysia untuk beliau dapat memenuhi harapan ini kelak,” katanya.
Dalam pada itu, Kementerian Luar juga memaklumkan, Anifah hari ini telah berhubung secara telefon dengan Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif dan Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu mengenai isu membabitkan etnik Rohingya.
“Perbincangan itu meliputi nasib etnik Rohingya serta cadangan mengadakan mesyuarat khas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang tempat dan tarikh akan ditentukan kelak,” kata kenyataan itu.
Jelas kenyataan tersebut, Malaysia menegaskan akses bantuan kemanusiaan ke kawasan bergolak itu tidak sewajarnya disekat dan isu keganasan yang berlaku mesti ditangani sewajarnya supaya tidak menjadi krisis kemanusiaan.
from PenangKini http://ift.tt/2gNPVZf
By Info Melayu
Demikianlah Artikel Malaysia bimbang keganasan, penindasan ke atas etnik Rohingya
Sekianlah artikel Malaysia bimbang keganasan, penindasan ke atas etnik Rohingya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Malaysia bimbang keganasan, penindasan ke atas etnik Rohingya dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/09/malaysia-bimbang-keganasan-penindasan.html
0 Response to "Malaysia bimbang keganasan, penindasan ke atas etnik Rohingya"
Catat Ulasan