DAP jangan berlakon sokong Islam - PAS

DAP jangan berlakon sokong Islam - PAS - Hallo sahabat Info Melayu, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DAP jangan berlakon sokong Islam - PAS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel DAP jangan berlakon sokong Islam - PAS, Artikel Entertainment, Artikel Filem, Artikel Kabar, Artikel Movie, Artikel News, Artikel Pelakon, Artikel Politic, Artikel Sport, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DAP jangan berlakon sokong Islam - PAS
link : DAP jangan berlakon sokong Islam - PAS

Baca juga


DAP jangan berlakon sokong Islam - PAS

PAS mengingatkan DAP supaya tidak berlakon menyokong Islam kerana tindakan dan perlakuan parti sosialis itu jelas menunjukkan penentangan terhadap agama Persekutuan.

Pengarah Institut Strategi PAS Pusat (ISP), Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, berkata perjuangan DAP untuk menjadikan Malaysia sebagai negara sekular bercanggah dengan prinsip Islam dalam pemerintahan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata, sejak 2015, DAP kembali menunjukkan penentangan terhadap usaha menegakkan undang-undang jenayah Islam di Kelantan, malah turut menentang keras usaha memperkasa Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) yang hanya membabitkan umat Islam.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengundi Islam supaya tidak terpedaya dengan kata-kata manis DAP semata-mata untuk memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

"Kegagalan UMNO/Barisan Nasional (BN) menguruskan negara secara berhemah berasaskan prinsip Islam menjadi modal DAP untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara. Namun, percayalah Islam tidak akan selamat di bawah pemerintahan DAP," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang bahawa parti itu menyokong Islam dalam Perlembagaan.

Mohd Khairuddin turut mempertikaikan tindakan DAP menentang keras pengislaman anak di bawah umur 18 tahun oleh ibu atau bapa yang memeluk Islam yang termaktub dalam Perlembagaan selaras keputusan fatwa peringkat kebangsaan dan negeri jika benar parti itu menyokong Islam.

"Ketika pindaan Akta Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164) berlangsung di Dewan Rakyat lalu sangat ketara yang dipertikaikan oleh Ahli Parlimen DAP ialah kenapa tidak dimasukkan cadangan pindaan 88a yang membolehkan agama anak ditentukan secara bersama oleh ibu dan bapa sedangkan mereka tahu cadangan pindaan itu bercanggah dengan Perlembagaan dan bercanggah dengan Islam?," katanya.
from PenangKini http://ift.tt/2xcThMo
By Info Melayu


Demikianlah Artikel DAP jangan berlakon sokong Islam - PAS

Sekianlah artikel DAP jangan berlakon sokong Islam - PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel DAP jangan berlakon sokong Islam - PAS dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/09/dap-jangan-berlakon-sokong-islam-pas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "DAP jangan berlakon sokong Islam - PAS"

Catat Ulasan