Undi PH seperti undi DAP, kata PAS

Undi PH seperti undi DAP, kata PAS - Hallo sahabat Info Melayu, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Undi PH seperti undi DAP, kata PAS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertainment, Artikel Filem, Artikel Kabar, Artikel kata PAS, Artikel Movie, Artikel News, Artikel Pelakon, Artikel Politic, Artikel Sport, Artikel Undi PH seperti undi DAP, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Undi PH seperti undi DAP, kata PAS
link : Undi PH seperti undi DAP, kata PAS

Baca juga


Undi PH seperti undi DAP, kata PAS

PAS hari ini mengisytiharkan satu undi kepada Pakatan Harapan bererti satu undi kepada DAP, yang menurut ketua pemudanya dibayangi Evangelis Kristian dan mahu menawan negara ini.
Kenyataan itu muncul selepas gabungan pembangkang baru-baru ini mengisytiharkan PKR tidak lagi boleh berunding dengan PAS berhubung pengagihan kerusi pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi dalam satu kenyataan berkata DAP sudah mencengkam PKR, PPBM dan Amanah sebagai proksi.

“Tindak tanduk DAP jelas mahu menjadi dominan di dalam PH, sekali gus menentu arah setiap tindakan pakatan itu,” kata Khalil.
“Keadaan itu mendedahkan hakikat bahawa undi kepada parti di dalam Pakatan Harapan bermakna memberi undi kepada DAP.

“DAP sebenarnya menyelindungi wajah hipokrit dengan menyelinap serta mempengaruhi Amanah, PPBM dan PKR untuk dicengkam sebagai proksi dalam melaksanakan pelbagai misinya.”
PAS sebelum ini bertegas mereka hanya bersedia bekerjasama dengan PKR dan PPBM jika kedua parti itu meninggalkan DAP dan Amanah.

Pengerusi PH Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan gabungan itu akan menghentikan usaha PKR berpakat PAS, kerana sebarang kerjasama pengagihan kerusi dengan PAS boleh menjejaskan parti komponen PH, terutamanya Amanah dan PPBM.
Khalil hari ini mengumumkan mengalahkan gabungan pembangkang itu, dan Barisan Nasional, pada PRU14 nanti sebenarnya misi menyelamatkan negara.

Beliau menuduh terdapat pihak daripada PH berhubungan dan mengundang entiti asing lantas merisikokan negara kepada campur tangan luar, dan menyerang Islam dengan mempertikai dan menghina serta membibitkan pelbagai rasa tidak puas hati.

“Mutakhir ini api tersebut sering dicetuskan DAP yang menyemarakkan hasutan kebencian dan tuduhan terutama terhadap usaha agama dibawa PAS. Ketika sama, pergerakan DAP turut dibayangi agenda Evangelis Kristian dan bercita-cita menawan untuk mengsekularkan negara ini,” kata Khalil.
Beliau berkata Pemuda PAS juga siap siaga menghadapi pertandingan pelbagai penjuru menentang PH dan BN dalam PRU14.

“Dalam pertarungan yang berlaku nanti, parti mana jua kami hadapi atau menentang kami, bererti mereka adalah musuh untuk kami tewaskan. Oleh itu, kami tegaskan, tiada sebarang kompromi kepada BN mahupun PH.”
from PenangKini http://ift.tt/2wHRyNq
By Info Melayu


Demikianlah Artikel Undi PH seperti undi DAP, kata PAS

Sekianlah artikel Undi PH seperti undi DAP, kata PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Undi PH seperti undi DAP, kata PAS dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/09/undi-ph-seperti-undi-dap-kata-pas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Undi PH seperti undi DAP, kata PAS"

Catat Ulasan