Judul : DAP mampu kuasai negara dengan 60 kerusi Parlimen - Salleh Keruak
link : DAP mampu kuasai negara dengan 60 kerusi Parlimen - Salleh Keruak
DAP mampu kuasai negara dengan 60 kerusi Parlimen - Salleh Keruak
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, pelbagai propaganda yang dikeluarkan DAP ketika ini hanyalah untuk memastikan ia tidak kehilangan undi kaum Melayu.Bendahari Umno itu berkata, sejarah pilihan raya umum (PRU) sejak 1990 membuktikan DAP hanya mampu menang banyak kerusi Parlimen hasil kerjasama dengan parti berteraskan Melayu, khususnya PKR dan PAS.
Salleh dalam analisis pilihan rayanya berkata, DAP bagaimanapun hanya mampu menang di kawasan majoriti Cina pada PRU 1990 dan 1999, walaupun berlaku perpecahan dalam Umno dan berpakat dengan beberapa parti Melayu lain.
“Tetapi, dalam PRU 2008 dan 2013, apabila DAP mendapat sokongan Melayu yang banyak hasil kerjasamanya dengan PAS dan PKR, kerusi DAP bertambah (secara) drastik dengan memenangi 28 kerusi (12.61%) dan 38 kerusi (17.1%) daripada 222 kerusi Parlimen.
“Kini, setelah PAS tidak lagi bersama Pakatan Rakyat, DAP resah. DAP risau partinya tidak kuat lagi. Justeru, itulah DAP mengeluarkan pelbagai propagandanya untuk memastikan pengundi Melayu dalam PAS kekal bersamanya dalam Pakatan Harapan,” katanya dalam catatan di laman blog http://ift.tt/1Othos9, hari ini.
Menurut Salleh, DAP menang 20 daripada 57 kerusi Parlimen yang ditandingi pada PRU 1990, 9 daripada 50 (PRU 1995), 10 daripada 47 (PRU 1999), 12 daripada 44 (PRU 2004), 28 daripada 47 (PRU 2008) dan 38 daripada 51 (PRU 2013).
Bagaimanapun, beliau berkata, sekiranya kaum Melayu tidak bersatu, DAP mampu menguasai negara biarpun hanya sekadar bertanding 60 kerusi Parlimen pada PRU14 akan datang dengan menggunakan rakan sekutu Pakatan Harapan seperti Amanah, PKR dan PPBM untuk mendapatkan undi Melayu.
Jelasnya, negeri seperti Perak, Johor, Selangor, Negeri Sembilan serta Melaka mempunyai banyak kawasan campuran, dan DAP juga yakin peralihan 10 hingga 15% undi Melayu sudah cukup untuk mereka mengambil alih pentadbiran negara.
Justeru, Salleh mengingatkan pengundi Melayu di negara ini agar tidak berpolitik menggunakan emosi.
“Fikirlah tentang masa depan negara kita sebelum tertarik untuk mengalih sokongan kepada Pakatan Harapan.
“Politik Barisan Nasional membuat jasa budi, bertolak ansur antara kaum dan terbukti berjaya membangunkan negara. Kita semua ada tanggungjawab untuk negara,” katanya
from PenangKini http://ift.tt/2xKC8GJ
By Info Melayu
Demikianlah Artikel DAP mampu kuasai negara dengan 60 kerusi Parlimen - Salleh Keruak
Sekianlah artikel DAP mampu kuasai negara dengan 60 kerusi Parlimen - Salleh Keruak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel DAP mampu kuasai negara dengan 60 kerusi Parlimen - Salleh Keruak dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/09/dap-mampu-kuasai-negara-dengan-60.html
0 Response to "DAP mampu kuasai negara dengan 60 kerusi Parlimen - Salleh Keruak"
Catat Ulasan