Judul : Malaysia akan kerjasama dengan China untuk pertingkat pelabuhan
link : Malaysia akan kerjasama dengan China untuk pertingkat pelabuhan
Malaysia akan kerjasama dengan China untuk pertingkat pelabuhan
Pelabuhan yang terlibat adalah Pelabuhan Jing Tang dan Pelabuhan Tianjin (China) serta Pelabuhan Kemaman, Sabah dan Kuching (Malaysia) yang bertujuan meningkatkan kerjasama pelbagai bidang.
Ini termasuklah sebagai pelabuhan pendidikan, latihan dan perantisan, bantuan teknikal, pertukaran maklumat dan perkembangan trafik, serta penggalakkan perkhidmatan perdagangan antara pelabuhan.
“China mempunyai pelabuhan terbaik di dunia dan kerjasama ini akan membuka laluan untuk masa depan yang baik bagi kedua-dua negara dalam memanfaatkan sumber dan potensi rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Tahunan CMPA kali kedua di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Beliau berkata, pakatan pelabuhan itu turut bertujuan memudahkan perdagangan dengan menggunakan pelabuhan di Malaysia dan China sebagai pintu masuk.
“Dalam usaha menghubungkan perniagaan Malaysia dan China, penggiat logistik perlu memperluas penerokaan mereka ke kedua-dua negara,” katanya.Liow berkata, pihak berkuasa Malaysia sedang memperluas pelabuhan utama, khususnya Pelabuhan Klang untuk memudahkan jumlah kapal yang dijangka meningkat pada masa depan.
“Kementerian juga merancang membuka Melaka Gateway untuk digunakan kapal persiaran sebagai destinasi dok serta perkhidmatan penyelenggaraan. Ketika ini, hanya Pelabuhan Pulau Pinang mempunyai kemudahan itu,” katanya.
Sementara itu, semasa mesyuarat tersebut, Liow berkata, Malaysia akan melaksanakan beberapa inisiatif seperti membantu pelabuhan Malaysia untuk muncul sebagai entiti peneraju di rantau ASEAN, sejak negara menjadi penyokong terawal kepada usaha Satu Jajaran, Satu Laluan (OBOR) oleh kerajaan China.
“Usaha itu pasti membuka batasan baharu dan menyediakan peluang untuk kedua-dua negara dari segi logistik,” katanya.
China menjadi rakan dagang terbesar Malaysia sejak 2009 dan berlandaskan usaha OBOR yang diumumkan pada 2013, ekonomi wilayah ini dijangka terus berkembang.
Perdagangan dua hala pada 2016 bernilai RM240.91 bilion.
from PenangKini http://ift.tt/2gAwIWZ
By Info Melayu
Demikianlah Artikel Malaysia akan kerjasama dengan China untuk pertingkat pelabuhan
Sekianlah artikel Malaysia akan kerjasama dengan China untuk pertingkat pelabuhan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Malaysia akan kerjasama dengan China untuk pertingkat pelabuhan dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/09/malaysia-akan-kerjasama-dengan-china.html
0 Response to "Malaysia akan kerjasama dengan China untuk pertingkat pelabuhan"
Catat Ulasan