BBC Myanmar tamat kontrak TV tempatan tapis program Rohingya

BBC Myanmar tamat kontrak TV tempatan tapis program Rohingya - Hallo sahabat Info Melayu, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BBC Myanmar tamat kontrak TV tempatan tapis program Rohingya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel BBC Myanmar tamat kontrak TV tempatan tapis program Rohingya, Artikel Entertainment, Artikel Filem, Artikel Kabar, Artikel Movie, Artikel News, Artikel Pelakon, Artikel Politic, Artikel Sport, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BBC Myanmar tamat kontrak TV tempatan tapis program Rohingya
link : BBC Myanmar tamat kontrak TV tempatan tapis program Rohingya

Baca juga


BBC Myanmar tamat kontrak TV tempatan tapis program Rohingya

YANGON: Perkhidmatan BBC berbahasa Myanmar pada Isnin memaklumkan ia membatalkan kontrak penyiaran dengan sebuah saluran televisyen tempatan terkemuka dengan alasan “penapisan”, di mana orang dalam mendedahkan wujud pertikaian berhubung liputan ke atas minoriti Rohingya beragama Islam.
Pengumuman itu adalah tamparan terbaru untuk memperjuangkan kebebasan media di Myanmar dan perubahan mengejutkan untuk sebuah organisasi berita yang terkenal dengan laporan terkini mengenai pemimpin de facto Myanmar, Aung San Suu Kyi ketika beliau diletakkan di bawah tahanan rumah oleh pemerintahan junta.
Sejak April 2014, BBC berbahasa Myanmar itu menyiarkan laporan berita harian di MNTV dengan 3.7 juta penonton sehari.
Pada Isnin, BBC berkata, ia menamatkan perjanjian itu selepas MNTV menapis atau membatalkan beberapa programnya sejak Mac lalu.
“BBC tidak boleh menerima campur tangan atau penapisan program BBC oleh penyiar TV usaha sama itu kerana melanggar kepercayaan antara BBC dan penontonnya,” lapor laman web BBC bahasa Burma itu.
Kenyataan BBC tidak memperincikan kandungan yang ditapis dan MNTV juga tidak memberi sebarang respons.
Tetapi, seorang pegawai di saluran televisyen tempatan itu berkata, mereka membantah tindakan BBC menggunakan perkataan “Rohingya” dalam laporan mereka.
“Sebab itu kami tidak boleh menyiarkan program mereka,” kata pekerja itu yang tidak mahu dinamakan.

Rohingya ialah minoriti Islam tidak mempunyai taraf kewarganegaraan di barat Myanmar, Rakhine yang berdepan penindasan teruk kerajaan sehingga menyebabkan ramai terpaksa melarikan diri beberapa tahun kebelakangan ini.
Kebanyakan media antarabangsa menggelar mereka Rohingya kerana etnik itu mengenali diri dengan nama itu sejak sekian lama.
Tetapi, kerajaan Myanmar — dan kebanyakan media tempatan — menggelar mereka Bengali, menggambarkan mereka pendatang haram dari Bangladesh, meskipun ramai yang tinggal di negara itu selama beberapa generasi.
Mereka menaruh harapan tinggi agar kerajaan baru dengan ikon demokrasi, Suu Kyi akan membawa Myanmar ke era kebebasan bersuara, selepas berkuasa tahun lalu setelah setengah abad di bawah pemerintahan junta.
Sejak menang dengan majoriti besar pada pilihan raya, kerajaan pimpinan orang awam itu sering bertelagah dengan media mengenai liputan mereka.
Pendakwaan di mahkamah membabitkan kes fitnah juga melonjak dengan menyasarkan penulis satira di media sosial, aktivis dan wartawan.
Satu daripada punca utama pertelagahan dengan media asing ialah liputan di Rakhine yang kini di bawah serangan tentera kerajaan, sejak sekumpulan kecil militan Rohingya menyerang pos sempadan polis Oktober lalu.
Puluhan ribu Rohingya melarikan diri ke Bangladesh, manakala pelarian Buddha dalam kumpulan lebih kecil menuju ke arah bertentangan.
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) percaya tindak balas tentera terhadap serangan militan di Rakhine mungkin mencetuskan untuk pembersihan etnik Rohingya.
Kerajaan Suu Kyi menafikan laporan kekejaman itu dan menolak visa pegawai PBB yang dipertanggungjawabkan untuk menyiasat dakwaan tersebut.
Mereka kerap mengutuk liputan media antarabangsa dan menghalang akses wartawan ke wilayah konflik itu.
from PenangKini http://ift.tt/2gIqmbJ
By Info Melayu


Demikianlah Artikel BBC Myanmar tamat kontrak TV tempatan tapis program Rohingya

Sekianlah artikel BBC Myanmar tamat kontrak TV tempatan tapis program Rohingya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel BBC Myanmar tamat kontrak TV tempatan tapis program Rohingya dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/09/bbc-myanmar-tamat-kontrak-tv-tempatan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "BBC Myanmar tamat kontrak TV tempatan tapis program Rohingya"

Catat Ulasan