Adun DAP Tanjong Bungah kumpul petisyen penduduk bantah NCPR

Adun DAP Tanjong Bungah kumpul petisyen penduduk bantah NCPR - Hallo sahabat Info Melayu, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Adun DAP Tanjong Bungah kumpul petisyen penduduk bantah NCPR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Adun DAP Tanjong Bungah kumpul petisyen penduduk bantah NCPR, Artikel Artis, Artikel Entertainment, Artikel Filem, Artikel Kabar, Artikel Movie, Artikel News, Artikel Pelakon, Artikel Politic, Artikel Sport, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Adun DAP Tanjong Bungah kumpul petisyen penduduk bantah NCPR
link : Adun DAP Tanjong Bungah kumpul petisyen penduduk bantah NCPR

Baca juga


Adun DAP Tanjong Bungah kumpul petisyen penduduk bantah NCPR

GEORGE TOWN, 6 Sept (Bernama) -- Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bungah daripada DAP, Teh Yee Cheu hari ini mencadangkan agar kerajaan negeri Pulau Pinang membina jajaran Transit Aliran Massa (MRT) berbanding pembinaan Jalan Berkembar Pesisir Utara (NCPR) dari Tanjung Bungah ke Teluk Bahang dekat sini.

Teh berkata pembinaan NCPR dilihat akan memberi kesan kepada ribuan penduduk yang tinggal di sekitar Tanjung Bungah dan ia dijangka tidak dapat mengatasi kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan.

"Saya cadangkan bina MRT, ia juga lebih mesra alam kerana bina terowong bawah tanah... seperti di Kuala Lumpur, penggunaan MRT melancarkan perjalanan," katanya kepada pemberita di pusat khidmatnya di Tanjung Bungah di sini, hari ini.

Sebelum ini, kerajaan negeri mengemukakan cadangan pembinaan tiga lebuh raya utama menerusi Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) yang akan menghubungkan Teluk Bahang ke Tanjung Bungah sejauh 10.6 kilometer; Air Itam ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu (5.7 km) dan Persiaran Gurney ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu (4.2 km).

Beliau berkata kerajaan negeri juga perlu memperincikan dan memberikan gambaran lebih jelas mengenai projek tiga lebuh raya itu, yang akan dilaksanakan oleh Zenith Consortium Sdn Bhd.

Teh berkata pihaknya juga melancarkan bancian dalam talian untuk mendapatkan maklum balas penduduk di kawasan terbabit dan keputusannya akan dimaklumkan kepada kerajaan negeri untuk tindakan lanjut.

"Penduduk di kawasan Tanjung Bungah boleh memberi maklum balas mereka di laman sesawang www.tanjongbunga.com atau laman Facebook peribadi saya bermula hari ini dalam tempoh sebulan," katanya.

-- BERNAMA
from PenangKini http://ift.tt/2j9NC3q
By Info Melayu


Demikianlah Artikel Adun DAP Tanjong Bungah kumpul petisyen penduduk bantah NCPR

Sekianlah artikel Adun DAP Tanjong Bungah kumpul petisyen penduduk bantah NCPR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Adun DAP Tanjong Bungah kumpul petisyen penduduk bantah NCPR dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/09/adun-dap-tanjong-bungah-kumpul-petisyen.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Adun DAP Tanjong Bungah kumpul petisyen penduduk bantah NCPR"

Catat Ulasan