Kerajaan DAP Pulau Pinang Main wayang isu kenaikan air - Khaw Poh Chung

Kerajaan DAP Pulau Pinang Main wayang isu kenaikan air - Khaw Poh Chung - Hallo sahabat Info Melayu, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerajaan DAP Pulau Pinang Main wayang isu kenaikan air - Khaw Poh Chung, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertainment, Artikel Filem, Artikel Kabar, Artikel Kerajaan DAP Pulau Pinang Main wayang isu kenaikan air - Khaw Poh Chung, Artikel Movie, Artikel News, Artikel Pelakon, Artikel Politic, Artikel Sport, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerajaan DAP Pulau Pinang Main wayang isu kenaikan air - Khaw Poh Chung
link : Kerajaan DAP Pulau Pinang Main wayang isu kenaikan air - Khaw Poh Chung

Baca juga


Kerajaan DAP Pulau Pinang Main wayang isu kenaikan air - Khaw Poh Chung

Kerajaan DAP Pulau Pinang dilihat bermain wayang dengan rakyat negeri ini kononnya tidak akan menaikkan kadar air sebanyak 58 hingga 77 peratus untuk isi rumah dan perniagaan bagi menampung aliran tunai Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP).

Naib Ketua Pemuda Gerakan Bahagian Bukit Bendera, Khaw Poh Chung berkata, Ketua Menteri, Lim Guan Eng baru-baru ini menafikan khabar angin akan berlaku kenaikan kadar air selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 tetapi tidak mahu mendedahkan sebarang bukti berkaitannya.

Menurutnya, pihaknya me­ngemukakan permohonan untuk mendapatkan surat yang menyatakan kerajaan negeri telah menarik balik cadangan kenaikan itu pada Februari lalu namun ditolak.

“Kerajaan negeri kata kena­ikan itu ditarik balik tetapi tidak memberi jaminan, mereka enggan kemukakan bukti seperti diminta saya pada 11 Ogos lalu mengikut kebenaran mengakses maklumat (FOI).

“Pada 30 Ogos lalu, saya menerima surat daripada Pejabat Ketua Menteri menyatakan permohonan mendapatkan maklumat itu ditolak atas alasan surat tersebut sulit serta rahsia dan sekiranya didedahkan boleh melanggar Seksyen 41 Akta Suruhanjaya Per­khidmatan Air Negara (SPAN) 2008,” katanya da­lam sidang akhbar di sini hari ini.

Tarif air di negeri ini dinaikkan sebanyak tiga kali sejak 2010 dan pada April lalu, Guan Eng meng­umumkan akan mengenakan kadar RM1 berbanding 48 sen sebelum ini untuk setiap 1,000 liter air yang digunakan me­lebihi 35,000 liter sebulan.

Dalam soal itu, Poh Chung mempersoalkan tindakan kerajaan negeri yang dilihat terus menyembunyikan rahsia meskipun kenaikan kadar air berkenaan boleh menyebabkan kesan negatif dan menjejaskan kehidupan lebih 1.6 juta rakyat negeri ini.

“Mana mungkin kenaikan kadar air itu tidak dilaksanakan kerana kita per­caya ia sangat diperlukan PBAPP bagi menampung de­fisit aliran tunai seba­nyak RM150 ju­ta setahun,” dakwanya.

Justeru, pihak­nya menggesa kera­jaan negeri mempertimbangkan semula ke­putusan itu selain meminta SPAN membenarkan pendedahan surat penarikan semula kenaikan kadar tersebut kepada umum.

“Sudah banyak kali kita me­mohon pelbagai dokumen, me­reka tolak dan kita minta kerajaan negeri mengemukakan garis panduan atau kaedah yang digunakan untuk menentukan jenis maklumat yang boleh diakses orang ramai,” katanya.


from PenangKini http://ift.tt/2f8BL0Z
By Info Melayu


Demikianlah Artikel Kerajaan DAP Pulau Pinang Main wayang isu kenaikan air - Khaw Poh Chung

Sekianlah artikel Kerajaan DAP Pulau Pinang Main wayang isu kenaikan air - Khaw Poh Chung kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerajaan DAP Pulau Pinang Main wayang isu kenaikan air - Khaw Poh Chung dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/09/kerajaan-dap-pulau-pinang-main-wayang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kerajaan DAP Pulau Pinang Main wayang isu kenaikan air - Khaw Poh Chung"

Catat Ulasan