Judul : CAP Gesa Kerajaan Haramkan 'Blue Whale Challenge'
link : CAP Gesa Kerajaan Haramkan 'Blue Whale Challenge'
CAP Gesa Kerajaan Haramkan 'Blue Whale Challenge'
GEORGE TOWN, 7 Sept (Bernama) -- Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hari ini menggesa kerajaan mengharamkan permainan dalam talian 'Blue Whale Challenge' yang disifatkan boleh mendorong golongan remaja melakukan aktiviti berbahaya.Pengerusi CAP S.M Mohamed Idris berkata walaupun setakat ini permainan itu belum memasuki Malaysia, kerajaan melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia perlu mengambil langkah sewajarnya untuk mengharamkan permainan itu di negara ini.
"CAP memandang perkara itu (Blue Whale Challenge) sebagai sesuatu yang serius kerana ia cenderung mengajak pemain untuk melakukan aktiviti berbahaya termasuk terjun bangunan," katanya pada sidang akhbar di sini.
Beliau berkata cabaran permainan yang didakwa wujud di beberapa negara itu bermula apabila ?kurator' yang menyampaikan mesej persendirian kepada pemain dalam media sosial menjemput mereka untuk bermain dengan syarat mereka tidak boleh berhenti sebaik sahaja bersetuju untuk mula bermain.
"Kurator kemudiannya memberikan pemain satu siri tugasan berbahaya dalam tempoh 50 hari termasuk melukakan diri sendiri, bangun seawal 4.20 pagi setiap hari, menonton video berlumuran darah yang dihantar kurator, mendengar lagu memurungkan, mengunjungi tanah perkuburan secara bersendirian dan berdiri di belebas bangunan tinggi," katanya.....
from PenangKini http://ift.tt/2wMkG6h
By Info Melayu
Demikianlah Artikel CAP Gesa Kerajaan Haramkan 'Blue Whale Challenge'
Sekianlah artikel CAP Gesa Kerajaan Haramkan 'Blue Whale Challenge' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel CAP Gesa Kerajaan Haramkan 'Blue Whale Challenge' dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/09/cap-gesa-kerajaan-haramkan-blue-whale.html
0 Response to "CAP Gesa Kerajaan Haramkan 'Blue Whale Challenge'"
Catat Ulasan