Judul : Penduduk Tempatan Bantu Nelayan Vietnam Curi Hasil Laut Sarawak
link : Penduduk Tempatan Bantu Nelayan Vietnam Curi Hasil Laut Sarawak
Penduduk Tempatan Bantu Nelayan Vietnam Curi Hasil Laut Sarawak
KUCHING: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sarawak optimis mampu menumpaskan sindiket mencuri hasil laut melibatkan nelayan Vietnam di perairan Malaysia di Sarawak.
Pengarah Daerah Maritim Kuching Kapten Maritim Shahref Steve Mac Queen Abdullah berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan ada rakyat tempatan membantu nelayan dari Vietnam menjalankan aktiviti mencuri hasil laut di perairan negara di negeri ini.
Malah, beliau memberitahu setakat Julai tahun ini, sudah 22 kes melibatkan pencerobohan nelayan Vietnam berjaya ditumpaskan dan ia adalah jumlah tertinggi tangkapan berbanding tahun-tahun sebelum ini.
"Memang ada laporan mengatakan ada sindiket orang kita membantu nelayan Vietnam ini tetapi hingga kini ia masih dalam siasatan dan lambat laun kami percaya kami dapat membanteras sindiket ini," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Jeti Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS), Muara Tebas dekat sini semalam.
Mengulas lanjut mengenai statistik tangkapan itu, Steve menjelaskan bahawa daripada 22 tangkapan di seluruh Sarawak, 12 kes melibatkan nelayan Vietnam itu berjaya ditumpaskan pasukan APMM Kuching.
"Ini adalah rekod APMM Kuching hasil daripada bantuan dan maklumat yang kami terima daripada orang awam terutama daripada nelayan tempatan dan pemancing di laut.
"Ini menunjukkan pencerobohan nyata dan berleluasa di perairan Malaysia di Sarawak dan tindakan tegas perlu diambil bagi membanteras pencerobohan ini," tambahnya.
Dalam perkembangan sama, Steve berkata pada 19 Julai sekitar jam 4.20 petang APMM Daerah Maritim Kuching (DM11) dalam satu operasi khas berjaya menahan sebuah bot nelayan Vietnam yang menceroboh perairan negara di kedudukan 48 batu nautika dari Tanjung Sirik.
"Setelah diperiksa, didapati seramai lapan warga Vietnam terdiri daripada tujuh awakawak dan seorang tekong berusia lingkungan 18 hingga 49 tahun sedang menjalankan aktiviti menangkap ikan dengan menggunakan rawai di perairan negara. - Utusan Borneo
from SARAWAKIANA http://ift.tt/2gYJxxK
By Info Melayu
Demikianlah Artikel Penduduk Tempatan Bantu Nelayan Vietnam Curi Hasil Laut Sarawak
Sekianlah artikel Penduduk Tempatan Bantu Nelayan Vietnam Curi Hasil Laut Sarawak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Penduduk Tempatan Bantu Nelayan Vietnam Curi Hasil Laut Sarawak dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/07/penduduk-tempatan-bantu-nelayan-vietnam.html
0 Response to "Penduduk Tempatan Bantu Nelayan Vietnam Curi Hasil Laut Sarawak"
Catat Ulasan