Israel Akhirnya Mengalah

Israel Akhirnya Mengalah - Hallo sahabat Info Melayu, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Israel Akhirnya Mengalah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertainment, Artikel Filem, Artikel Israel Akhirnya Mengalah, Artikel Kabar, Artikel Movie, Artikel News, Artikel Pelakon, Artikel Politic, Artikel Sport, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Israel Akhirnya Mengalah
link : Israel Akhirnya Mengalah

Baca juga


Israel Akhirnya Mengalah



ISRAEL akhirnya menghentikan penggunaan pengesan logam di pintu masuk Masjid al-Aqsa, Palestin.

Menerusi satu kenyataan hari ini, langkah itu diambil selepas usaha diplomasi antarabangsa yang mahu menghentikan rusuhan yang berlaku daripada merebak.

Kabinet keselamatan Israel menerima cadangan untuk menukar penggunaan pengesan logam kepada pemeriksaan keselamatan berdasarkan teknologi canggih dan cara lain, kata kenyataan pejabat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.

Selepas keputusan itu diumumkan, beberapa ratus penduduk Palestin berkumpul untuk meraikannya.

Sebelum itu, beberapa pekerja mula menanggalkan pengesan logam yang dipasang.

Butiran mengenai teknologi canggih yang didakwa itu masih belum jelas walaupun masih terdapat kamera dipasang di pintu masuk Masjid al-Aqsa.

Ia juga tidak jelas sama ada langkah itu akan diterima oleh penduduk Islam.

Ketegangan antara rakyat Palestin dan rejim Zionis tercetus pada 14 Julai lalu apabila larangan menunaikan solat Jumaat dikenakan Israel terhadap seluruh Muslim.

Larangan berkenaan ditarik balik dua hari kemudian namun pihak rejim menguatkuasakan kawalan keselamatan dengan mengarahkan semua Muslim melalui pagar elektronik di setiap pintu masuk masjid suci itu.

Sebagai tanda protes, rakyat Palestin menunaikan solat di luar masjid berkenaan.

Pihak berkuasa Israel sebelum ini mendakwa pengesan logam diperlukan bagi mengelak penyeludupan senjata.

Keadaan itu menjadi tegang sehingga menyebabkan lima rakyat Palestin terkorban.

Tiga warga Israel juga terbunuh apabila seorang remaja Palestin menyelinap ke sebuah rumah di Tebing Barat dan menikam mereka.

Keputusan untuk mengalihkan pengesan logam dibuat selepas Raja Jordan, Raja Abdullah II mengadakan pertemuan dengan Netanyahu.- Agensi/HM

from SARAWAKIANA http://ift.tt/2eJDWL5
By Info Melayu


Demikianlah Artikel Israel Akhirnya Mengalah

Sekianlah artikel Israel Akhirnya Mengalah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Israel Akhirnya Mengalah dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/07/israel-akhirnya-mengalah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Israel Akhirnya Mengalah"

Catat Ulasan