Judul : GERAKAN Saman Guan Eng
link : GERAKAN Saman Guan Eng
GERAKAN Saman Guan Eng
GEORGETOWN: Parti GERAKAN memfailkan saman terhadap Lim Guan Eng di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, kerana mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap parti itu berhubung penjualan tanah di Sri Tanjung Pinang I (STP I), tahun lalu.
GERAKAN selaku plaintif, memfailkan saman itu melalui Setiausaha Agungnya, Datuk Liang Teck Meng.
Dalam pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa Guan Eng dengan niat jahat mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap parti itu mengenai penjualan tanah STP I yang kemudian diterbitkan di beberapa media dan buletin DAP.
GERAKAN menerusi peguamnya, Datuk Baljit Singh ketika ditemui, berkata kenyataan fitnah dikeluarkan Guan Eng selaku defendan itu kerap diulang, selain diterbitkan media sehingga menyebabkan reputasi plaintif terjejas.
Plaintif antara lain menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi teruk, faedah ke atas semua ganti rugi terbabit, membuat atau menerbitkan permohonan maaf di semua media, kos tindakan dan apa-apa relif tambahan bersesuaian.
from SARAWAKIANA http://ift.tt/2uUMcOk
By Info Melayu
Demikianlah Artikel GERAKAN Saman Guan Eng
Sekianlah artikel GERAKAN Saman Guan Eng kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel GERAKAN Saman Guan Eng dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/07/gerakan-saman-guan-eng.html
0 Response to "GERAKAN Saman Guan Eng"
Catat Ulasan