PH DIJANGKA BUAT LEBIH BANYAK U TURN

PH DIJANGKA BUAT LEBIH BANYAK U TURN - Hallo sahabat Info Melayu, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PH DIJANGKA BUAT LEBIH BANYAK U TURN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertainment, Artikel Filem, Artikel Kabar, Artikel Movie, Artikel News, Artikel Pelakon, Artikel Politic, Artikel Sport, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PH DIJANGKA BUAT LEBIH BANYAK U TURN
link : PH DIJANGKA BUAT LEBIH BANYAK U TURN

Baca juga


PH DIJANGKA BUAT LEBIH BANYAK U TURN



SHAH ALAM: Pakatan Harapan (PH) dijangka membuat lebih banyak pusingan U terhadap kandungan manifesto yang dijanjikan kepada rakyat jika memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pengerusi Biro Teknologi Maklumat (IT) UMNO, Datuk Ahmad Maslan, berkata ia berdasarkan kenyataan terbaru Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad berkaitan pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) secara berperingkat.

"Sebelum ini janji mahu ambil alih konsesi tol (sekiranya menang) tetapi sekarang kata lain iaitu tol di bandar akan kekal hingga tamat kontrak.

"Apabila habis kontrak, memang tol akan hapus dan siapa yang nak lanjutkan? Ini manifesto U-Turn (pusingan U) dan sama macam janji nak hapuskan GST," katanya pada sidang media Karnival Usahawan Transformasi Nasional 2050 di Yayasan Amal Maaruf Malaysia di sini, hari ini.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata blok pembangkang itu jelas tidak mampu mentadbir negara selepas kepimpinan utama mengakui tidak mampu menanggung segala janji dalam manifesto terbabit.

Beliau turut menempelak sikap angkuh PH pada 8 Mac lalu yang seolah-olah mempunyai kewangan mencukupi untuk melaksanakan janji berkenaan.

"Bagaimanapun, mereka tidak mampu sebab kewangan. PRU-14 belum bermula, mereka sudah pusing.

"Berbeza dengan Barisan Nasional (BN), 99 peratus janji sudah ditunaikan kerana sebelum buat manifesto, kita buat kira-kira.

"Sabtu ini (Pelancaran Manifesto BN), kita harap banyak perkara baik yang dijanjikan," katanya.

Pada 8 Mac lalu, ketika pelancaran manifestonya, PH juga mahu mengekalkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada golongan B40, menawarkan pendidikan percuma di universiti awam (UA), pelaksanaan gaji minimum RM1,500, sejuta pekerjaan baharu dan mengurangkan dua juta pekerja asing.

Dalam tempoh lima tahun juga, PH turut menjanjikan reformasi institusi negara, menghapus rasuah, memperkasa perkhidmatan awam dan memacu ekonomi serta daya saing negara.

Janji lain ialah membina Malaysia inklusif, moderat dan gemilang serta desentralisasi kuasa Sabah dan Sarawak. - Berita Harian

from Datuk Ahmad Maslan https://ift.tt/2IGSKEb
By Info Melayu


Demikianlah Artikel PH DIJANGKA BUAT LEBIH BANYAK U TURN

Sekianlah artikel PH DIJANGKA BUAT LEBIH BANYAK U TURN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PH DIJANGKA BUAT LEBIH BANYAK U TURN dengan alamat link http://kiyekeh.blogspot.com/2018/04/ph-dijangka-buat-lebih-banyak-u-turn.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PH DIJANGKA BUAT LEBIH BANYAK U TURN"

Catat Ulasan