Sidang Dewan Rakyat : Menjawab Pertanyaan Lisan Soalan No.3

Sidang Dewan Rakyat : Menjawab Pertanyaan Lisan Soalan No.3 - Hallo sahabat Info Melayu, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sidang Dewan Rakyat : Menjawab Pertanyaan Lisan Soalan No.3, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertainment, Artikel Filem, Artikel Kabar, Artikel Movie, Artikel News, Artikel Pelakon, Artikel Politic, Artikel Sport, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sidang Dewan Rakyat : Menjawab Pertanyaan Lisan Soalan No.3
link : Sidang Dewan Rakyat : Menjawab Pertanyaan Lisan Soalan No.3

Baca juga


Sidang Dewan Rakyat : Menjawab Pertanyaan Lisan Soalan No.3

SOALAN

YB PUAN RUBIAH BINTI HAJI WANG (KOTA SAMARAHAN) minta
MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
menyatakan apakah strategi bagi memastikan sektor eCommerce negara
ini terus berkembang dan sejauh mana prestasi terkini sehingga kini.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Sektor eDagang telah mencatat pertumbuhan yang ketara kebelakangan
ini. Dari segi sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi negara, data
Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan sumbangan eDagang kepada
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) telah meningkat kepada 6.1
peratus iaitu RM74.6 bilion pada tahun 2016 berbanding 5.9 peratus atau
RM68.3 bilion pada tahun sebelumnya.

Bagi memastikan sektor eDagang terus berkembang, Kerajaan telah
melaksanakan Pelan Hala Tuju Strategik eDagang Kebangsaan (National
eCommerce Strategic Roadmap – NeSR) sejak bulan Oktober 2016.
Pelan Hala Tuju ini telah menetapkan sasaran untuk menggandakan kadar
pertumbuhan eDagang di Malaysia daripada 10.8% pada tahun 2016
kepada 20.8% menjelang 2020. Kadar pertumbuhan ini akan
menyumbang lebih RM211 bilion nilai KDNK negara berbanding sasaran
awal yang telah ditetapkan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas
(RMK-11) iaitu sebanyak RM114 bilion.

Pelan Hala Tuju ini tertumpu kepada enam (6) teras utama iaitu:
(i) Mempercepatkan tahap aplikasi eDagang di kalangan penjual;
(ii) Meningkatkan penggunaan ePerolehan di kalangan komuniti
perniagaan;
(iii) Menghapuskan halangan bukan tarif bagi aktiviti eFulfillment,
eDagang rentas sempadan, ePembayaran dan perlindungan
pengguna;
(iv) Menyelaraskan insentif ekonomi semasa;
(v) Pelaburan strategik dalam syarikat-syarikat eDagang tempatan; dan
(vi) Mempromosikan jenama negara bagi meningkatkan transaksi
eDagang rentas sempadan.

Pelaksanaan Pelan Hala Tuju ini dipantau oleh Majlis eDagang
Kebangsaan (NeCC) yang dipengerusikan oleh Menteri Perdagangan
Antarabangsa dan Industri (MITI). Manakala Sekretariat NeCC diterajui
secara bersama oleh MITI dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia
(MDEC).

Di antara inisiatif utama yang telah dilaksanakan di bawah Pelan Hala Tuju
ini termasuk:

(i) Pelancaran platform ‘Go eCommerce’ pada 26 Julai 2017;

(ii) Pelbagai program bimbingan dan latihan kepada PKS tempatan yang
dilaksanakan secara usahasama dengan pihak industri seperti
Alibaba, Lazada, 11 Street, Google dan sebagainya.

(iii) Kerjasama antara MATRADE dengan eMarketplace tersohor seperti
Alibaba, Trade India, Dagang Halal, Aladdin Street, Amazon, eBay,
Qoo10, Tarad.com, Matahari Mall, JD.com dan TMall Global
menerusi Skim eTRADE;

(iv) Penganjuran inisiatif seperti Program Mengupayakan eBayaran untuk
PKS dan Perusahaan Mikro, serta #MYCYBERSALE, eUSAHAWAN
dan eRezeki yang dilaksanakan bersama oleh MITI, MATRADE,
SME Corp Malaysia dan MDEC;

(v) Penganjuran Forum Ekonomi Digital pada 8 Februari 2018 yang telah
dihadiri seramai 2,500 peserta;

(vi) Inisiatif penggalakan aktiviti berkaitan cashless society yang
dijalankan oleh Bank Negara Malaysia (BNM); dan

(vii) Pelancaran Projek Perintis Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ)
pada 3 November 2017 oleh YAB Perdana Menteri untuk
meningkatkan lagi penglibatan PKS tempatan dalam transaksi
eDagang di peringkat global. Sejak Projek Perintis ini dilaksanakan,
lebih 2,072 PKS tempatan telahpun berdaftar untuk mengeksport
produk mereka menerusi platform Alibaba.
from Datuk Ahmad Maslan http://ift.tt/2DJ7G1l
By Info Melayu


Demikianlah Artikel Sidang Dewan Rakyat : Menjawab Pertanyaan Lisan Soalan No.3

Sekianlah artikel Sidang Dewan Rakyat : Menjawab Pertanyaan Lisan Soalan No.3 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sidang Dewan Rakyat : Menjawab Pertanyaan Lisan Soalan No.3 dengan alamat link http://kiyekeh.blogspot.com/2018/03/sidang-dewan-rakyat-menjawab-pertanyaan_21.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Sidang Dewan Rakyat : Menjawab Pertanyaan Lisan Soalan No.3"

Catat Ulasan