Pemuda Pas minta DAP sedia hilang Pulau Pinang

Pemuda Pas minta DAP sedia hilang Pulau Pinang - Hallo sahabat Info Melayu, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pemuda Pas minta DAP sedia hilang Pulau Pinang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertainment, Artikel Filem, Artikel Kabar, Artikel Movie, Artikel News, Artikel Pelakon, Artikel Pemuda Pas minta DAP sedia hilang Pulau Pinang, Artikel Politic, Artikel Sport, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pemuda Pas minta DAP sedia hilang Pulau Pinang
link : Pemuda Pas minta DAP sedia hilang Pulau Pinang

Baca juga


Pemuda Pas minta DAP sedia hilang Pulau Pinang

MALAYSIA DATELINE

Ahmad Fadhli Shaari Lim Guan Eng


Ketua Pemuda Pas Kelantan Ahmad Fadhli Shaari mengingatkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng agar lebih memikirkan nasib parti itu di Pulau Pinang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Beliau berkata, dalam keadaan DAP hanya mempunyai 19 kerusi di Pulau Pinang, jumlah itu tidak cukup untuk parti itu menjadi kerajaan tanpa kerjasama dengan parti lain.

Ini katanya berbeza dengan Pas yang sudah mempunyai majoriti menguasai Kelantan pada hari ini walaupun secara tunggal.

"Sedarkah Lim Guan Eng bahawa DAP juga mempunyai risiko kehilangan kerusi apabila kalah di kerusi yang ditandingi jika berlaku pertembungan tiga penjuru?

"Di kerusi DAP akan berlawan dengan MCA atau Gerakan sebagai contoh, pengundi Melayu Islam hampir pasti secara 'solid' akan memilih Pas sebagai alternatif mereka," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang sebelum ini bahawa Pas berisiko kehilangan Kelantan jika tidak menyertai Pakatan Harapan (PH).

Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat itu turut berkata Guan Eng mungkin lupa bahawa DAP sebenarnya yang mula-mula memutuskan hubungan dnegan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada tahun 2015.

"Lim Guan Eng mungkin mengalami sindrom kehilangan ingatan hingga mendakwa Pas mengalami risiko kehilangan Kelantan dalam PRU akan datang jika enggan menyertai Pakatan pembangkang.

"Sedangkan pihak yang mula-mula memutuskan hubungan sesama parti di dalam Pakatan Rakyat ialah DAP.

"Sudah lupakah Guan Eng bahawa DAP yang mula-mula mengisytiharkan putus dengan Presiden Pas pada tahun 2015?

"Di mana akhirnya membawa keretakan hubungan di dalam Pakatan Rakyat. Bagaimana pula hari ini Pas diminta berpakat sedangkan dahulunya Pakatan Rakyat berkubur kerana DAP tidak boleh menerima prinsip Pas?" soalnya.

Sementara itu, beliau mendakwa pertembungan tiga penjuru di Kelantan akan menguntungkan Umno-BN dan menunjukkan siapa sebenarnya yang menjadi talian hayat Umno-BN.

"Lim Guan Eng hanya mendakwa Pas bakal kalah, tetapi tidak pula menyebut Pakatan Harapan bakal menang.

"Tentu beliau sedar bahawa pihak yang untung nanti apabila berlaku pertembungan tiga penjuru di Kelantan ialah Umno.

"Ia sekali gus menunjukkan dengan jelas siapakah yang memberikan nyawa tambahan kepada Umno-BN," katanya.

Beliau turut menyindir Guan Eng dengan berkata satu-satunya kekurangan Kelantan adalah Menteri Besar dan exconya tidak mempunyai pengalaman ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berbanding Pulau Pinang yang mempunyai 'pengalaman berharga' itu.

"Satu-satunya kekurangan di Kelantan ialah, Menteri Besar dan exconya tidak mempunyai pengalaman ditahan oleh SPRM.

"Tidak seperti Pulau Pinang di mana Ketua Menteri dan salah seorang exconya telah mempunyai 'pengalaman berharga' ditahan dan didakwa oleh SPRM di mahkamah.

"Itulah satu-satunya 'kelebihan' DAP berbanding Pas di Kelantan," katanya.

Guan Eng tahun lalu disiasat SPRM atas dakwaan membeli rumah banglo di bawah harga pasaran dan akan berdepan perbicaraan di mahkamah sementara Exco Pulau Pinang Phee Boon Poh turut disiasat atas dakwaan terlibat dengan kilang tanpa lesen di Seberang Prai.


from AR RISALAH الــرســالـة http://ift.tt/2gFDYRv
By Info Melayu


Demikianlah Artikel Pemuda Pas minta DAP sedia hilang Pulau Pinang

Sekianlah artikel Pemuda Pas minta DAP sedia hilang Pulau Pinang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pemuda Pas minta DAP sedia hilang Pulau Pinang dengan alamat link http://kiyekeh.blogspot.com/2017/09/pemuda-pas-minta-dap-sedia-hilang-pulau.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pemuda Pas minta DAP sedia hilang Pulau Pinang"

Catat Ulasan