Pindaan akta lulus, kerajaan kini ada kuasa kawal Uber, Grab

Pindaan akta lulus, kerajaan kini ada kuasa kawal Uber, Grab - Hallo sahabat Info Melayu, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pindaan akta lulus, kerajaan kini ada kuasa kawal Uber, Grab, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertainment, Artikel Filem, Artikel Grab, Artikel Kabar, Artikel kerajaan kini ada kuasa kawal Uber, Artikel Movie, Artikel News, Artikel Pelakon, Artikel Pindaan akta lulus, Artikel Politic, Artikel Sport, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pindaan akta lulus, kerajaan kini ada kuasa kawal Uber, Grab
link : Pindaan akta lulus, kerajaan kini ada kuasa kawal Uber, Grab

Baca juga


Pindaan akta lulus, kerajaan kini ada kuasa kawal Uber, Grab

Dua rang undang-undang (RUU) pengangkutan awam dan perdagangan diluluskan di Dewan Rakyat hari ini: RUU Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2017 dan RUU Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2017.

Dengan lulusnya pindaan Akta Pengangkutan Awam Darat itu memberikan kerajaan kuasa untuk mengawal selia syarikat “e-panggilan” (e-hailing) seperti Uber dan Grab.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berkata syarikat e-panggilan juga perlu menyerahkan identiti pemandu mereka kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk pemeriksaan latar belakang jenayah sebelum diambil bertugas.
Advertisement

“Syarikat perlu menyerahkan identiti pemandu kepada SPAD, termasuk pemandu Uber dan Grab sementara.
“Pemandu berpotensi akan diperiksa demi keselamatan penumpang,” katanya di perbahasan penggulungan usul.

Dengan lulusnya pindaan itu juga akan mewajibkan syarikat e-panggilan memiliki lesen perniagaan perantara dan mematuhi syarat yang ditetapkan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan.
Syarat itu termasuk jenis perkhidmatan yang disediakan, langkah memastikan keselamatan penumpang, dan piawaian prestasi yang perlu dipatuhi syarikat e-panggilan.
Nancy menambah banyak rundingan dilakukan dengan pihak berkepentingan dalam pembikinan RUU itu.

Beliau berkata pemandu teksi dan pemandu e-panggilan perlu menjalani pemeriksaan kesihatan dan kenderaan, dan memiliki insurans dan kad pemandu perdagangan.
“Pemeriksaan kenderaan diperlukan. Ini bagi memastikan kereta yang digunakan selamat untuk pemandu dan penumpang.

“Pemandu teksi perlu menjalani pemeriksaan setahun sekali daripada 2 kali setahun sekarang ini. Ini akan mengurangkan perbelanjaan pemandu teksi.

“Begitu juga syaratnya untuk pemandu e-panggilan. Pemandu e-panggilan perlu menjalani pemeriksaan jenayah dan Jabatan Pengangkutan Jalan.

“SPAD akan menyimpan rekod mereka dalam bank data untuk rujukan.”
Nancy berkata kerajaan tidak mengeluarkan permit teksi baharu bagi membolehkan pemandu teksi sedia ada memiliki permit teksi sendiri berbanding menyewa permit.
Beliau berkata pemandu teksi memiliki kelebihan kerana mereka boleh mengambil penumpang di tepi jalan raya dan e-panggilan.

Menjawab soalan Liew Chin Tong (DAP-Kluang), yang mencadangkan penubuhan sebuah tribunal untuk membolehkan pemandu teksi menyuarakan masalah dengan syarikat teksi, Nancy berkata pemandu boleh merujuk masalah mereka kepada SPAD melalui mekanisme yang disediakan untuk membantu mereka.

Menjawab soalan mengenai tambang syarikat e-panggilan yang tidak terkawal, beliau berkata: “Kalau mereka naikkan harga terlalu tiggi, pelanggan tidak akan lagi memilih mereka.”
Beliau berkata pemandu e-panggilan hanya dibenarkan beroperasi dalam negara sementara pemandu teksi boleh membawa penumpang ke Singapura dan Thailand kerana perjanjian antara Malaysia dan negara berkenaan. FMT
from PenangKini http://ift.tt/2uHPcvx
By Info Melayu


Demikianlah Artikel Pindaan akta lulus, kerajaan kini ada kuasa kawal Uber, Grab

Sekianlah artikel Pindaan akta lulus, kerajaan kini ada kuasa kawal Uber, Grab kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pindaan akta lulus, kerajaan kini ada kuasa kawal Uber, Grab dengan alamat link http://kiyekeh.blogspot.com/2017/07/pindaan-akta-lulus-kerajaan-kini-ada.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pindaan akta lulus, kerajaan kini ada kuasa kawal Uber, Grab"

Catat Ulasan