Judul : Persamaan fikrah PAS, Umno bukan lagi kebetulan?
link : Persamaan fikrah PAS, Umno bukan lagi kebetulan?
Persamaan fikrah PAS, Umno bukan lagi kebetulan?
Kenyataan dibuat pemimpin Pemuda PAS yang mengaitkan sokongan kepada Pakatan Hararan (HARAPAN) dengan undi untuk DAP adalah mengulangi kenyataan dibuat Presiden Umno pada tahun lalu.
Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Faiz Fadzil berkata pada tahun lalu Datuk Seri Najib Razak pernah membuat dakwaan bahawa ketuanan HARAPAN adalah DAP.
Justeru kata Faiz, persamaan nada itu membayangkan wujudnya keseragaman fikrah antara kedua-dua parti yang memusuhi HARAPAN kini.
"Mungkinkah persamaan fikrah antara PAS dan Umno sekarang adalah suatu kemahuan dan bukan lagi kebetulan?" katanya.
Semalam Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Ibrahim mengulas panjang mengenai hubungan parti itu dengan pilihan raya umum (PRU) ke-14 dan kedudukan HARAPAN.
Sambil mengulangi keyakinan parti itu untuk memenangi sekurang-kurangnya 40 kerusi parlimen dan menguasai empat negeri, Muhammad Khalil berkata setiap undi kepada parti di dalam HARAPAN bermakna memberi undi kepada DAP.
Anak kepada presiden PAS itu juga mendakwa DAP dibayangi agenda mubaligh Kristian yang mahu menjadikan Malaysia negara sekular.
Bagaimanapun Muhammad Khalil tidak menjelaskan percanggahan antara takrif sekular itu - yang memisahkan hal ehwal pentadbiran daripada agama - dengan Kristian sebagai sebuah anutan.
Kenyataan seperti itu pernah diucapkan Najib semasa menyampaikan ucapan dasar di Perhimpunan Agung Umno 2016.
Malaysiakini melaporkan Najib bertekad untuk terus memperjuangkan nasib Melayu dan bumiputera bagi mengelakkan ia jatuh ke tangan DAP yang memperjuangkan "liberalisme melampau dan fahaman sekular berbahaya".
Kata Faiz kenyataan Muhammad Khalil juga jelas berbaur perkauman dan menampakkan PAS membantu Najib serta Umno mengekalkan kuasa mereka dalam politik Malaysia.
"Kenyataan tersebut begitu meleset kerana perjuangan HARAPAN ialah untuk menyelamatkan negara daripada pemerintahan kleptokrasi Najib yang banyak melakukan jenayah rasuah dan salah urus tadbir wang negara sehinggakan skandal-skandal rasuah berskala mega seperti 1MDB dan Felda mendapat perhatian antarabangsa," katanya.
from KDL http://ift.tt/2xfP2iT
By Info Melayu
Demikianlah Artikel Persamaan fikrah PAS, Umno bukan lagi kebetulan?
Sekianlah artikel Persamaan fikrah PAS, Umno bukan lagi kebetulan? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Persamaan fikrah PAS, Umno bukan lagi kebetulan? dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/09/persamaan-fikrah-pas-umno-bukan-lagi.html
0 Response to "Persamaan fikrah PAS, Umno bukan lagi kebetulan?"
Catat Ulasan