Judul : 10 lanun ditahan cuba rompak RM7 juta diesel dari kapal dagang
link : 10 lanun ditahan cuba rompak RM7 juta diesel dari kapal dagang
10 lanun ditahan cuba rompak RM7 juta diesel dari kapal dagang
KUALA TERENGGANU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Timur menumpaskan 10 lanun yang cuba merompak Kapal MT MGT1 dalam operasi “Sailang” kira-kira 3 batu nautika dari timur Pulau Yu Besar jam 2.05 pagi tadi.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Datuk Zulkifili Abu Bakar berkata, susulan penangkapan itu, seorang lelaki dipercayai dalang rompakan tersebut ditahan di sebuah hotel di Johor Bahru.
“Kejayaan itu sekali gus menyelamatkan kira-kira 2.2 juta liter minyak diesel bernilai hampir RM7 juta yang dibawa kapal dagang MT MGT 1 dari Thailand itu dengan 14 kru daripada dirompak lanun berkenaan,” katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau berkata, Wilayah Maritim Timur menerima maklumat daripada sistem identifikasi auto (AIS) mengenai kehilangan sebuah kapal dagang Thailand pada jam 5 petang semalam.“Sejurus itu kami menggerakkan 7 anggota pasukan tindakan khas (PTK) ke lokasi terakhir kapal dikesan menggunakan helikopter Agusta Westland 139 (AW139),” katanya.
Turut hadir Pengarah Maritim Wilayah Timur, Datuk Mamu Said Alee dan Pengarah Maritim Terengganu, Kapten Maritim Rahim Ramli.
Tambah beliau, kapal itu dilarikan dan dikesan jam 2.05 pagi di 37 batu nautika timur laut Pulau Tenggol, Dungun.
“Berdasarkan risikan didapati bot pancung yang dinaiki 3 suspek yang berjaya melarikan diri serta sebuah lagi kapal tanpa identiti berhampiran kapal dagang berkenaan.
“Seramai 10 suspek berada dalam kapal dagang berkenaan, sebelum beberapa das tembakan amaran dilepaskan dan anggota PTK turun dari helikopter untuk melakukan serbuan,” katanya.
Tambah Zulkifli, pemeriksaan mendapati lanun berkenaan sudah memindahkan sebahagian diesel dari MT MGT1 ke kapal mereka dan kini pihaknya mengarahkan Kapal Maritim (KM) Segantang untuk menjalankan operasi mengesan bot pancung dinaiki 3 lanun tersebut yang dipercayai masih berada di perairan negara.
“Semua suspek akan direman mulai esok setibanya kapal dagang tersebut di daratan bagi membantu siasatan,” katanya.
from PenangKini http://ift.tt/2wMidc1
By Info Melayu
Demikianlah Artikel 10 lanun ditahan cuba rompak RM7 juta diesel dari kapal dagang
Sekianlah artikel 10 lanun ditahan cuba rompak RM7 juta diesel dari kapal dagang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 10 lanun ditahan cuba rompak RM7 juta diesel dari kapal dagang dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/09/10-lanun-ditahan-cuba-rompak-rm7-juta.html
0 Response to "10 lanun ditahan cuba rompak RM7 juta diesel dari kapal dagang"
Catat Ulasan