Judul : Sultan Kedah tegur sikap masyarakat tidak beradab debat isu sensitif
link : Sultan Kedah tegur sikap masyarakat tidak beradab debat isu sensitif
Sultan Kedah tegur sikap masyarakat tidak beradab debat isu sensitif
ANTARAPOS.COMALOR SETAR: Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah menegur sikap segelintir masyarakat yang sering berdebat secara tidak beradab mengenai isu-isu sensitif di laman sosial semata-mata kerana perbezaan ideologi sempit atau kepentingan diri sendiri.
Baginda bertitah, perdebatan isu-isu mengenai kemuliaan agama Islam, kedaulatan raja-raja, hak keistimewaan kaum serta hukum agama di alam maya, sering kali mengundang tafsiran negatif berhubung perkara berkaitan.
Tidak terkecuali, teguran sama turut dititahkan terhadap sebahagian golongan ilmuan agama yang sering mengeluarkan fatwa, tuduh menuduh dan berdebat di ruang maya sehingga masyarakat berpecah belah.
“Senario ini menjadi virus yang memporak-peranda dan mengelirukan rakyat, memecah belah serta mengkucar-kacirkan ukhwah yang selama ini terjalin indah.
“Apatah lagi pimpinan politik dan individu berkepentingan mengambil kesempatan untuk mewujudkan suasana tidak harmoni sekali gus menghangatkan lagi permusuhan dan polemik sesama umat Islam,” titahnya.
Memetik laporan Utusan Malaysia, Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri Ke-13 di sini hari ini.
Teks titah ucapan baginda dibacakan Raja Muda Kedah, Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah.
from AR RISALAH الــرســالـة http://ift.tt/2vx8tS8
By Info Melayu
Demikianlah Artikel Sultan Kedah tegur sikap masyarakat tidak beradab debat isu sensitif
Sekianlah artikel Sultan Kedah tegur sikap masyarakat tidak beradab debat isu sensitif kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Sultan Kedah tegur sikap masyarakat tidak beradab debat isu sensitif dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/08/sultan-kedah-tegur-sikap-masyarakat.html
0 Response to "Sultan Kedah tegur sikap masyarakat tidak beradab debat isu sensitif"
Catat Ulasan