Judul : Phee Boon Poh dibebaskan daripada tahanan reman
link : Phee Boon Poh dibebaskan daripada tahanan reman
Phee Boon Poh dibebaskan daripada tahanan reman
ANTARAPOS.COMGEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini membebaskan Exco Pulau Pinang, Phee Boon Poh dari perintah tahahan reman selama lima hari selepas hakim Lim Chong Fong membatalkan keputusan penolong pendaftar yang dibuat Sabtu lalu.
Peguam Phee, RSN Rayer dan Ramkarpal Singh berkata perintah reman selama lima hari terhadap Phee bukan sesuatu yang lazim kerana ia dikeluarkan oleh penolong pendaftar Ameera Mastura Khamis tanpa mendengar hujah anak guam mereka.
Jumaat lalu, Phee ditangkap kerana didakwa menulis surat yang menggesa Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) supaya tidak bertindak terhadap sebuah kilang penapis karbon di Bukit Mertajam yang beroperasi secara tidak sah.
SPRM menyerbu kilang berkenaan, pejabat MPSP dan Phee di Komtar, pusat khidmatnya di Sungai Puyu dan rumahnya di Butterworth serta merampas dokumen yang berkaitan dengan kes itu.
Setelah dibebaskan, Phee mengucapkan terima kasih kepada peguam dan penyokongnya yang tampil sepanjang pengalaman pahitnya.
"Saya akan terus berkhidmat kepada rakyat, kita mesti berdiri bersama kerana ini adalah masa paling gelap di Malaysia," ujarnya beremosi.
from AR RISALAH الــرســالـة http://ift.tt/2vwCxNN
By Info Melayu
Demikianlah Artikel Phee Boon Poh dibebaskan daripada tahanan reman
Sekianlah artikel Phee Boon Poh dibebaskan daripada tahanan reman kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Phee Boon Poh dibebaskan daripada tahanan reman dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/08/phee-boon-poh-dibebaskan-daripada.html
0 Response to "Phee Boon Poh dibebaskan daripada tahanan reman"
Catat Ulasan