Judul : SPAD- 300 Pemandu lagi Terima Lesen Persendirian dan Geran Kerajaan- Bebas Sewa dan Sistem Pajak
link : SPAD- 300 Pemandu lagi Terima Lesen Persendirian dan Geran Kerajaan- Bebas Sewa dan Sistem Pajak
SPAD- 300 Pemandu lagi Terima Lesen Persendirian dan Geran Kerajaan- Bebas Sewa dan Sistem Pajak
TITP, yang telah diumumkan oleh Suruhanjaya pada 16 Ogos, diperkenalkan bagi menyelesaikan isu-isu struktur yang sudah lama melanda industri ini.
SPAD diberikan mandat oleh Kerajaan untuk memperkemaskan dan mengawal selia industri teksi melalui pengeluaran Kad Pemandu yang tunggal serta geran kepada pemandu yang berkelayakan.
TITP ini juga membantu pemandu teksi yang layak dan telah menamatkan tempoh model sewa pajak bagi memiliki lesen teksi individu sendiri. Di samping itu, geran sebanyak RM5000 juga disediakan bagi membantu pemandu yang layak untuk memiliki kereta baru.
Program ini juga akan mendorong industri teksi Malaysia untuk terus berkembang dan menjadi lebih mampan serta responsif kepada kuasa pasaran.TITP adalah satu perancangan untuk golongan pemandu teksi agar berdaya saing dalam industry pengangkutan awam darat.
Melalui TITP pihak yang berkelayakan akan dapat memanfaatkan penggunaan teknologi, menggalakkan persaingan dan daya saing; mewujudkan medan persaingan yang adil dan saksama kepada pemandu teksi meningkatkan pendapatan dan kebajikan pemandu teksi.
Penyerahan surat tawaran kelulusan Permit Teksi Individu ini adalah untuk kali keduanya dan seramai 300 orang seramai 43 orang telah dipilih berdasarkan kelayakan untuk menerima geran bantuan kerajaan bernilai RM5000 untuk memiliki kereta baru.
Pilihan kenderaan yang dibenarkan adalah kereta baru atau yang terpakai (berusia kurang daripada 7 tahun) dan mesti mempunyai penarafan minimum sebanyak tiga bintang di bawah Program Penilaian Kereta Baru Asia Tenggara (ASEAN NCAP) dari Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) atau lain-lain penarafan yang setara.
Model kenderaan terpilih yang layak di bawah ASEAN NCAP merangkumi jenama seperti Perodua, Proton, Toyota, VW, Honda, Ford, Daihatsu, Chevrolet, Isuzu, Nissan Mazda, Mitsubishi, Suzuki, Subaru, Tata, Peugeot, Hyundai, Kia, dan GWM.
Berbanding kumpulan pertama, kumpulan 2 yang menerima geran individu telah melalui proses saringan yang ketat oleh SPAD dengan kerjasama pihak polis dan JPJ dan menepati syarat kelayakan pelesenan SPAD dan telah pun diluluskan.
Untuk pengetahuan umum sehingga hari ini sudah 600 pemandu teksi mendapat manfaat dari skim yang di kendali kan oleh SPAD. Dari keseluruhan 300 pemandu yang telah mendapat lesen permit individu ini ,
Seramai 88 orang daripada mereka telah menerima geran kerajaan sejumlah RM 5,000 untuk membantu membeli kenderaan baru yang akan di gunakan sebagai teksi. Sehingga kini, SPAD telah menerima lebih daripada 3,474 permohonan bagi lesen individu sejak Ogos 2016, manakala 1,722 permohonan telah diluluskan.
Sebelum majlis penyerahan kelmarin yang di rasmikan oleh Menteri Di jabatan Perdana Menteri Hajah Nancy Shukrti , seramai 343 orang pemandu teksi telah mendapat geran yang sama , di mana kesemua dana ini ada lah datang dari RM150 juta bajet 2017 yang di umum kan oleh Perdana Menteri.
Menurut YB Dato’ Sri Hajah Nancy, pelbagai usaha kerajaan dalam memastikan rakyat mendapat pembelaan yang sepatutnya. Golongan sasar yang terlibat dalam system pengangkutan awam darat diberikan perhatian sewajarnya dengan pemberian lesen teksi individu.
Tindakan ini adalah adalah satu inisiatif progresif kerajaan dan SPAD untuk membuka jalan dan menyelesaikan isu serta rungutan prmandu dan sekali gus meningkatkan mutu pengangkutan awam darat terutama perkhidmatan teksi.
KENYATAAN MEDIA
SKIM PEMILIKAN LESEN TEKSI INDIVIDU OLEH KERAJAAN DISAMBUT BAIK
Kuala Lumpur, 21 Ogos 2017:
Inisiatif-inisiatif di bawah Program Transformasi Industri Teksi (TITP) untuk meningkatkan kebajikan pemandu teksi yang ingin meninggalkan sistem pajak terus menerima sambutan yang menggalakkan.
Seramai 600 pemandu teksi telah menerima lesen individu di bawah TITP sejak pemberian lesen kepada kumpulan pertama pada Mac 2017. Majlis hari ini meyaksikan 300 lagi pemandu menerima lesen teksi individu yang membolehkan mereka mengendalikan dan memandu teksi sebagai usahawan apabila mereka telah keluar daripada kontrak pajak di bawah syarikat teksi. Majlis penyerahan lesen individu ini turut dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri.
Seramai 88 orang daripada penerima lesen individu pada hari ini juga telah menerima geran Kerajaan sebanyak RM5,000 bagi membantu mereka membeli kenderaan untuk digunakan sebagai teksi. Sebelum ini, 343 pemandu teksi telah menerima geran tersebut di bawah peruntukan Kerajaan sebanyak RM150 juta seperti mana yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri di dalam Bajet 2017.
Pilihan kenderaan yang dibenarkan adalah kereta baru atau yang terpakai (berusia kurang daripada 7 tahun) dan mesti mempunyai penarafan minimum sebanyak tiga bintang di bawah Program Penilaian Kereta Baru Asia Tenggara (ASEAN NCAP) dari Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) atau lain-lain penarafan yang setara. Model kenderaan terpilih yang layak di bawah ASEAN NCAP merangkumi jenama seperti Perodua, Proton, Toyota, VW, Honda, Ford, Daihatsu, Chevrolet, Isuzu, Nissan Mazda, Mitsubishi, Suzuki, Subaru, Tata, Peugeot, Hyundai, Kia, dan GWM.
Sehingga kini, SPAD telah menerima lebih daripada 3,474 permohonan bagi lesen individu sejak Ogos 2016, manakala 1,722 permohonan telah diluluskan. Para pemohon telah disaring oleh SPAD bagi memastikan mereka mempunyai rekod memandu yang bersih tanpa denda atau saman yang masih aktif serta bebas daripada kesalahan jenayah yang serius.
“TITP bertujuan meningkatkan kebajikan pemandu teksi dengan mewujudkan persekitaran yang sihat dan lebih adil di dalam industri. Dengan cara membenarkan individu yang berwibawa dan bertanggungjawab beralih keluar daripada sistem pajak, SPAD berharap kita dapat melahirkan satu generasi usahawan teksi baharu yang akan meletakkan kepuasan pelanggan sebagai keutamaan. Sekali gus dengan itu, mereka akan dapat meningkatkan tahap keselamatan dan kebolehpercayaan terhadap perkhidmatan,” kata YB Dato’ Sri Nancy Shukri.
Pindaan kepada Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara baru-baru ini membenarkan SPAD untuk meneliti kontrak sewa beli (pajak) bagi memastikan ianya adil bagi kedua-dua pihak. Di antara langkah-langkah yang akan diambil bagi menyediakan kontrak yang lebih saksama adalah termasuk syarat wajib yang dikenakan ke atas syarikat teksi bagi memberikan cuti sakit dan hari tanpa sewa untuk pemeriksaan kenderaan di PUSPAKOM, serta penyediaan perlindungan insurans komprehensif (pihak pertama) bagi kenderaan.
from PenangKini http://ift.tt/2wIkea5
By Info Melayu
Demikianlah Artikel SPAD- 300 Pemandu lagi Terima Lesen Persendirian dan Geran Kerajaan- Bebas Sewa dan Sistem Pajak
Sekianlah artikel SPAD- 300 Pemandu lagi Terima Lesen Persendirian dan Geran Kerajaan- Bebas Sewa dan Sistem Pajak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel SPAD- 300 Pemandu lagi Terima Lesen Persendirian dan Geran Kerajaan- Bebas Sewa dan Sistem Pajak dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/08/spad-300-pemandu-lagi-terima-lesen.html
0 Response to "SPAD- 300 Pemandu lagi Terima Lesen Persendirian dan Geran Kerajaan- Bebas Sewa dan Sistem Pajak"
Catat Ulasan