Judul : Mahathir- Tangan Yang Menjunjung dan Tangan Itu Juga Yang Membuang Bangsa Melayu
link : Mahathir- Tangan Yang Menjunjung dan Tangan Itu Juga Yang Membuang Bangsa Melayu
Mahathir- Tangan Yang Menjunjung dan Tangan Itu Juga Yang Membuang Bangsa Melayu
Nasionalis atau Ultra Melayu itu datangnya dari sejarah perjuangan Melayu itu sendiri, sejarah yang mana berkisar kepada penyatuan bangsa Melayu yang mana pada ketika itu telah ketinggalan jauh dalam pelbagai bidang.
Kewujudan nasionalis dan ultra Melayu ini berjuang hanya untuk memastikan bangsa Melayu terus bangkit dari tidur yang panjang dimana saat penjajah Inggeris memuliakan Melayu dengan pelbagai jenis kemudahan tanpa bekerja.
Kebangkitan Melayu itu apabila kesilapan yang dilakukan oleh Inggeris apabila cuba menubuhkan Gagasan Malayan Union. Disini bermulanya titik penyatuan semua Melayu dalam erti kata yang sebenar.
Sejak itu baru lah munculnya seorang demi seorang nasionalis dan Ultra Melayu yang mana terus memberikan kesedaran bahawa terdapatnya perkara penting berkaitan Melayu yang seharusnya kita jaga bersama dalam penyatuan ini.
Ketika itu pada kebanyakan pemimpin pemimpin Melayu sejak awal lagi tidak mengamalkan prinsip prinsip nasionalis yang berjiwa chauvanist. Mereka tidak mengajak orang Melayu membenci sesiapa.
Mereka tidak mengapi-apikan anak bangsa mereka supaya membenci orang lain. Mereka tidak menghasut orang Melayu supaya bangkit mengusir sesiapa.
Tetapi apabila Melayu mula sedar akan ancaman yang dibawa oleh pendatang-pendatang asing terhadap hak mereka. Pada waktu itu jugalah perasaan membenci pada orang asing mula bertunas.
Ancaman yang telah buat ini lah yang telah menyedarkan Melayu bahawa hak hak yang ada daripada orang Melayu mula dipertikaikan.
Sejak itu pemimpin silih berganti dan terus menyedarkan orang Melayu betapa kekuatan Melayu itu adalah dari penyatuan melayu itu sender serta menjaga hak hak yang dipanggil ketuanan Melayu yang seharusnya dijaga baik.
Dari Dato Onn Jaafar hinggalah kepada pemimpin hari ini iaitu Najib Razak. Agernda yang sama terus dinobatkan untuk memastikan Melayu it uterus mempunyai kuasa politik disamping terus memastikan hak hak ketuanan Melayu yang berteraskan wasiat Raja Melayu dijaga dengan baik.
Sepanjang perjuangan itu, pemerintahan yang dikenali sebagai Ultra Melayu pada ketika itu amat hebat memperjuangkan berkaitan hak Melayu dan ketuanan Melayu adalah di xaman Tun Dr Mahathir dimana zaman pemerintahan yang cukup lama selama 22 tahun.
Tanpa penguasaan ekonomi orang Melayu kehilangan kuasa mutlak untuk membuat tawar-menawar. Apa yang mereka ada hanyalah kuasa politik. Aliran baru dunia yang mendaulatkan kemajuan material menyebabkan kuasa politik menjadi agak tawar.
Malangnya Melayu tercicir jauh. Mereka hanya menjadi saksi-saksi yang sakit apabila bercakap soal kemakmuran di negeri sendiri. Mereka kekal menjadi petani kecil yang memikul guni padi untuk dijual di kedai tauke Cina yang asalnya mungkin menumpang di tanah mereka
Berbagai langkah diambil termasuk Dasar Ekonomi baru dilancarkan oleh kerajaan untuk mengimbangi jurang perbezaan ini. Sedikit demi sedikit jurang tersebut telah dapat dinaikkan dan banyaklah dikalangan orang Melayu berada dipersada politik dan bidang professional yang mana hasil pendekatan yang dilakukan oleh Kerajaan.
Nasib orang Melayu jauh berbeza dengan nasib kumpulan imigran, khususnya orang-orang Cina. Mereka umumnya memiliki kekuatan material, dan aliran baru yang melanda Tanah Melayu memungkinkan orang-orang Cina itu menggunakan kekuatan ekonomi mereka untuk membina kekuatan politik.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dikenali sebagai seorang yang menjuarai hak-hak orang Melayu semasa pentadbirannya selama 22 tahun, Itu dahulu. Beliau juga pernah menulis di dalam blog beliau seperti di atas dengan berkata,
“Saya realist yang pegang kepada kenyataan. Memang Melayu menjadi Tuan di Tanah Melayu dulu”.
Tetapi kini Mahathir yang dulu yang dikenali sebagai Ultra Melayu bukan lagi dikenali sebagai pejuang yang akan memastikan hak hak ketuanan Melayu yang dilaungkan satu ketika dahulu seharusnya dijaga.
Mahathir yang sekarang adalah Mahathir yang telah mengubah dasar perjuangan yang Ultra kepada dasar perjuangan yang berteraskan liberal dan kesamarataan dengan mengubah perjuangannya bersama DAP yang memperjuangkan Malaysian Malaysia.
Kerana kuasa politik menjanjikan kuasa material, namun aliran baru tersebut membawa wajah yang sebaliknya. Kekuatan politik menjanjikan kekuatan wang ringgit serta kuasa kini menjadi asas perjuangan Mahathir yang mana telah melakukan memperlihatkan wajahnya yang sebenar.
Bagaimanapun, Mahathir yang dahulu sanggup menangis kerana memperjuangakan ketuanan Melayu dan Mahathir yang kini mengatakan bahawa beliau tidak percaya kepada ‘ketuanan Melayu’ setelah mengecapi selama 22 tahun hasil daripada perkataan yang mula dibencinya iaitu “Ketuanan Melayu”
Hari ini tiada lagi istilah Ketuanan Melayu dalam kamus Mantan Perdana Menteri 22 tahun yang juga ‘Top Dog’ Pakatan Harapan. Tun Dr Mahathir suatu ketika dulu telah dilabelkan sebagai ‘ultra Melayu’ oleh Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman.
Kini apabila beliau berucap di hadapan DAP dan pemimpin-pemimpin Cina di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH), malam tadi, nada beliau turut berubah.
Keinginan Mahathir untuk mendapat sokongan dari DAP dapat diterjemahkan apabila terus melebelkan orang Cina mengawal ekonomi manakalan orang Melayu melakukan dengan baik dalam politik sebelum mengatakan bahawa beliau tidak percaya kepada ‘Ketuanan Melayu’,
Untuk ketika ini rakyat faham bahawa Mahathir memerlukan sokongan yang tidak berbelah bagi dari pengundi Cina dan sokongan kuat dari Parti DAP. Tun Dr Mahathir berubah sikap disebabkan politik dan untuk terus menjadi jurucakap DAP yang akan terus melakukan penentangan terhadap hak hak Melayu.
Sebagai mana sejarahnya PAS , Mahathir juga akan terus alat kepada DAP. Mahathir tidak perdulikan soal pejuangan yang dilaungnya dahulu tetapi perkara yang penting ialah memastikan agenda nya tercapai berasama rakan sekutunya DAP dan Lim Kit Siang, yang hanya mahu memperalatkannya sahaja
Namun begitu, Sebagaimana kata kata sinis Khalid Ibrahim bahawa pistol bukan lagi ditangan Mahathir adalah mencerminkan bahawa bagaimana kekemarukan kuasa politik yang mernjanjikan berbagai kuasa dapat dicapai dalam apa cara sekali.
from PenangKini http://ift.tt/2wHUSsE
By Info Melayu
Demikianlah Artikel Mahathir- Tangan Yang Menjunjung dan Tangan Itu Juga Yang Membuang Bangsa Melayu
Sekianlah artikel Mahathir- Tangan Yang Menjunjung dan Tangan Itu Juga Yang Membuang Bangsa Melayu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Mahathir- Tangan Yang Menjunjung dan Tangan Itu Juga Yang Membuang Bangsa Melayu dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/08/mahathir-tangan-yang-menjunjung-dan.html
0 Response to "Mahathir- Tangan Yang Menjunjung dan Tangan Itu Juga Yang Membuang Bangsa Melayu"
Catat Ulasan