Saya sedia bantu siasatan SPRM, kata ADUN Penanti

Saya sedia bantu siasatan SPRM, kata ADUN Penanti - Hallo sahabat Info Melayu, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Saya sedia bantu siasatan SPRM, kata ADUN Penanti, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertainment, Artikel Filem, Artikel Kabar, Artikel kata ADUN Penanti, Artikel Movie, Artikel News, Artikel Pelakon, Artikel Politic, Artikel Saya sedia bantu siasatan SPRM, Artikel Sport, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Saya sedia bantu siasatan SPRM, kata ADUN Penanti
link : Saya sedia bantu siasatan SPRM, kata ADUN Penanti

Baca juga


Saya sedia bantu siasatan SPRM, kata ADUN Penanti

Oleh Athirah Hanapiah
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: ADUN Penanti Dr Norlela Ariffin menyatakan kesediaan untuk bekerjasama sekiranya beliau dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung sebuah kilang haram di Sungai Lembu di kawasan DUN-nya.
 
Namun katanya setakat ini, beliau masih belum dihubungi SPRM bagi memberi keterangan berkenaan isu itu.
 
"Saya rasa dari segi undang-undang memang saya kena jawab.
 
"Saya tiada masalah (untuk beri keterangan) sebab saya memang rasa saya tidak membuat apa-apa kesalahan, saya hanya membangkitkan isu ini daripada aduan penduduk sejak tahun 2015," katanya ketika dihubungi Antarapos.
 
Terdahulu, Exco Kebajikan, Alam Sekitar dan Masyarakat Penyayang, Phee Bon Poh ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung operasi sebuah kilang haram yang memproses penapis karbon di Kampung Sungai Lembu. 
 
Ia sebagai sebahagian  daripada siasatan pelbagai agensi ke atas kilang berkenaan yang didakwa telah melanggar undang-undang alam sekitar dan sebagainya.
 
ADUN Sungai Puyu itu bagaimanapun telah dibebaskan hari ini selepas hakim Lim Chong Fong membatalkan keputusan penolong pendaftar yang dibuat Sabtu lalu.
 
Pembatalan tahanan reman iu dibuat selepas Peguam Bon Poh, RSN Rayer dan Ramkarpal Singh menyatakan perintah reman selama lima hari terhadap anak guamnya bukan sesuatu yang lazim kerana dikeluarkan tanpa mendengar hujah anak guam mereka.
 
Dalam pada itu, ketika diminta mengulas isu pimpinan PKR negeri itu yang menjarakkan diri daripadanya selepas ucapan 'terima kasih' yang dibuatnya, beliau berkata perkara sedemikian tidak timbul kerana ahli parti memahami tugasnya sebagai wakil rakyat di negeri itu.
 
Malah katanya, Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman menghargai usaha yang telah dilakukan oleh beliau sebagai wakil rakyat di kawasan itu yang telah membangkitkan isu tersebut hasil daripada aduan penduduk sejak daripada tahun 2015.
 
"Beliau (Mansor) menganggap apa yang saya buat (aduan) itu adalah tugas saya sebagai wakil rakyat membangkitkan isu dalam aduan penduduk di kawasan dan pada masa yang sama sebagai parti mereka bersama dengan kerajaan negeri sebab kerajaan negeri di bawah Pakatan Harapan.
 
"Sebagai parti, mereka menyokong kerajaan negeri dan cuma tindakan saya itu sebagai tindakan biasa sahaja sebagai wakil rakyat menerima aduan, saya perlu bangkitkan," katanya.
 
 

from AR RISALAH الــرســالـة http://ift.tt/2uGBuIt
By Info Melayu


Demikianlah Artikel Saya sedia bantu siasatan SPRM, kata ADUN Penanti

Sekianlah artikel Saya sedia bantu siasatan SPRM, kata ADUN Penanti kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Saya sedia bantu siasatan SPRM, kata ADUN Penanti dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/08/saya-sedia-bantu-siasatan-sprm-kata.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Saya sedia bantu siasatan SPRM, kata ADUN Penanti"

Catat Ulasan