Judul : PPBM dalang, Dr Mahathir restui kekecohan forum, kata Jamal
link : PPBM dalang, Dr Mahathir restui kekecohan forum, kata Jamal
PPBM dalang, Dr Mahathir restui kekecohan forum, kata Jamal
Ketua Umno Sungai Besar itu berkata beliau sudah tahu sebulan awal insiden itu akan berlaku.VIDEO INSIDE
AMPANG: Datuk Seri Jamal Yunos hari ini berkata kekacauan yang tercetus pada forum Nothing to Hide anjuran PPBM semalam sebenarnya dirancang PPBM sendiri sebulan awal.
Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu mendakwa mempunyai bukti melalui aplikasi WhatsApp melibatkan PPBM yang dihantar kepadanya.
Menurutnya, kekecohan yang tercetus selepas suar dan pelbagai objek lain dilontarkan ke arah Tun Dr Mahathir Mohamad itu direstui bekas perdana menteri itu sendiri.
“Kita telah tahu awal, bahawa sejam lepas Dr Mahathir berucap (dalam forum Nothing To Hide 2.0) akan berlaku kekecohan.
“Memang perkara ini dilakukan mereka (PPBM) sendiri setelah orang ramai tak puas hati jawapan Dr Mahathir dan selepas itu menuduh kononnya dilakukan oleh Umno.
“Mereka sendiri rancang upah peserta itu. Saya ada bukti ia dirancang oleh PPBM sendiri dan direstui Dr Mahathir,” kata Jamal yang memimpin Gerakan Baju Merah pada sidang media di Ampang.
Susulan insiden baling suar yang turut menyaksikan kebakaran di dalam Dewan Raja Muda Musa petang semalam, penganjur menamatkan forum itu kurang 2 jam selepas bermula.
Ia disusuli aksi baling kerusi dan tumbuk menumbuk melibatkan penyokong PPBM dan beberapa remaja yang dituduh mencetuskan huru hara.
Polis menahan 3 remaja yang diberkas penganjur, dan kecederaan ringan melibatkan beberapa hadirin dilaporkan.
Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa wujud rancangan sistematik mensabotaj forum itu, termasuk penemuan baju T “palsu” dengan lambang PPBM oleh sekumpulan remaja.
Dakwaan itu dinafikan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.
Jamal berkata beliau sedia membuat laporan polis mengenai “bukti” untuk menyokong dakwaan kekecohan itu dirancang PPBM sendiri.
Sementara itu, Jamal turut mengumumkan program “Nothing To Hide 3”, tetapi tidak menjemput Dr Mahathir.
Sebaliknya, beliau berkata dialog tersebut yang menurutnya akan diadakan di Jalan Chow Kit pada bulan depan akan menjemput 3 pemimpin pembangkang iaitu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang.
“Kami jemput mereka bertiga ini kerana merasakan mereka ini lebih sopan sedikit berbanding Dr Mahathir,” kata Jamal.
Menurutnya, pada forum tersebut, Guan Eng dan Kit Siang perlu menjawab mengenai asal-usul mereka.
“Dari mana asal usul Kit Siang yang kita lihat banyak dari media sosial bertanya dan dia belum menjawab lagi.
“Adakah dia datang dari China naik tongkang ke Malaysia. Sama juga dengan anaknya Guan Eng, kami juga mahu tanya benda sama,” katanya.
Azmin pula, kata Jamal, perlu menjelaskan sama ada semua janji pada pilihan raya umum lalu sudah ditunaikan.
“Saya jamin tidak akan ada kekecohan seperti semalam,” ujarnya.
LIHAT VIDEO DI SINI
from AR RISALAH الــرســالـة http://ift.tt/2uGtabJ
By Info Melayu
Demikianlah Artikel PPBM dalang, Dr Mahathir restui kekecohan forum, kata Jamal
Sekianlah artikel PPBM dalang, Dr Mahathir restui kekecohan forum, kata Jamal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PPBM dalang, Dr Mahathir restui kekecohan forum, kata Jamal dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/08/ppbm-dalang-dr-mahathir-restui.html
0 Response to "PPBM dalang, Dr Mahathir restui kekecohan forum, kata Jamal"
Catat Ulasan