Judul : Kerja Kuat Untuk Tawan Hati Pengundi CIna - DS Ismail Sabri
link : Kerja Kuat Untuk Tawan Hati Pengundi CIna - DS Ismail Sabri
Kerja Kuat Untuk Tawan Hati Pengundi CIna - DS Ismail Sabri
Kesemua Parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu bekerja kuat bersama-sama untuk memenangi hati pengundi Cina pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata setiap parti komponen saling memerlukan sokongan antara satu sama lain di mana-mana kerusi yang ditandingi.
Beliau berkata masyarakat Cina perlu disedarkan bahawa hanya kerajaan yang stabil dapat membantu meningkatkan ekonomi mereka.
"Pembangkang kini menjadi caca marba misalnya dari segi kepimpinan yang tidak sepakat. Kalau mereka menang pilihan raya pasti akan berbalah untuk menentukan siapa jadi perdana menteri.
"Masyarakat Cina perlu sedar apabila ekonomi kerajaan bertambah, penduduk luar bandar mendapat faedah kerana banyak pelaburan dalam negara, manakala kaum Cina boleh membesarkan perniagaan mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Parit Buntar semalam.
Ismail Sabri yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata kerajaan BN yang ada hari ini adalah didokongi parti komponen yang stabil dan mampu untuk berpakat, berbeza dengan pakatan pembangkang.
from PenangKini http://ift.tt/2uWHQaB
By Info Melayu
Demikianlah Artikel Kerja Kuat Untuk Tawan Hati Pengundi CIna - DS Ismail Sabri
Sekianlah artikel Kerja Kuat Untuk Tawan Hati Pengundi CIna - DS Ismail Sabri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kerja Kuat Untuk Tawan Hati Pengundi CIna - DS Ismail Sabri dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/08/kerja-kuat-untuk-tawan-hati-pengundi.html
0 Response to "Kerja Kuat Untuk Tawan Hati Pengundi CIna - DS Ismail Sabri"
Catat Ulasan