Judul : Jentera Wanita Diingatkan agar tidak lesu disaat akhir
link : Jentera Wanita Diingatkan agar tidak lesu disaat akhir
Jentera Wanita Diingatkan agar tidak lesu disaat akhir
Jentera Jalinan Rakyat (JR) diingatkan supaya tidak lesu di saat-saat akhir dalam melaksanakan persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Ketua Wanita BN, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, situasi tersebut merupakan perkara yang dibimbangi ketika ini.
“Saya paling khuatir, dalam satu pertandingan, pada mulanya semangat kita berkobar-kobar. Pada fasa-fasa akhir ini kita perlu berjaga-jaga, kita mungkin akan lemah dan lesu.
“Sebab itu saya perlu turun seperti di Pekan ini untuk bertemu jentera Wanita bagi membangkitkan semangat mereka, tambahan pula Pekan merupakan kawasan pemimpin nombor satu negara,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Pekan di Bangunan UMNO Pekan semalam
Shahrizat berkata, cabaran dan dugaan adalah perkara biasa yang akan dihadapi oleh setiap pemimpin politik.
Katanya, ini kerana bukan sahaja Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berdepan dengan perkara itu malah beliau juga menghadapinya.
“Orang yang tidak melakukan perkara yang difitnah terhadapnya, dia ada kekuatan luar biasa menghadapinya, tetapi kalau sebaliknya, individu berkenaan tidak akan dapat menahan pukulan badai yang dihadapinya.
“Saya tengok Datuk Seri Najib, saya kata sebenarnya Allah SWT menguji mereka yang mampu untuk memikulnya dan kalau kita ada ibadah dan berdoa kepada Allah, percayalah satu hari nanti, dugaan dan cabaran itu akan terlerai,” katanya.
Dalam pada itu, beliau meminta Wanita UMNO menggunakan pendekatan berbeza setiap kali mendekati rakyat yang mempunyai latar belakang berlainan.
Menurutnya, adalah penting untuk Wanita UMNO mengenali pengundi seterusnya mendekati mereka terutama menjelang PRU-14.
“Saya menekankan kepada Wanita UMNO supaya menggunakan pendekatan berbeza setiap kali mendekati pengundi. Jika bertemu dengan penjawat awam, kita perlu ada cara berdepan dengan mereka, begitu juga kalau berjumpa dengan Orang Asli,” katanya.
from PenangKini http://ift.tt/2fXcz0H
By Info Melayu
Demikianlah Artikel Jentera Wanita Diingatkan agar tidak lesu disaat akhir
Sekianlah artikel Jentera Wanita Diingatkan agar tidak lesu disaat akhir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Jentera Wanita Diingatkan agar tidak lesu disaat akhir dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/08/jentera-wanita-diingatkan-agar-tidak.html
0 Response to "Jentera Wanita Diingatkan agar tidak lesu disaat akhir"
Catat Ulasan