Judul : Buku G25, kisah puteri Nabi antara 18 diwartakan haram
link : Buku G25, kisah puteri Nabi antara 18 diwartakan haram
Buku G25, kisah puteri Nabi antara 18 diwartakan haram
PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mewartakan perintah larangan terhadap 18 penerbitan, termasuk buku terbitan G25, sebuah penerbitan dituduh mempunyai unsur syiah dan sebuah lagi judul dituduh memutar belit sejarah penyebaran Islam di Kedah.Menurut kenyataan Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Alwi Ibrahim, 18 judul itu mungkin memudaratkan keselamatan, ketenteraman, moral dan kepentingan awam, serta menggemparkan fikiran orang ramai.
Larangan itu dibuat di bawah Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301).
Buku terbitan G25 yang diharamkan ialah “Breaking The Silence: Voices of Moderation, Islam in a Constitutional Democracy” terbitan kumpulan bekas penjawat awam tinggi Melayu, yang dituduh mempromosi Islam “liberal”.
Buku tersebut turut mengandui prakata ditulis bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Penerbitan lain yang diwartakan pengharaman ialah buku mengenai puteri Nabi Muhammad, “Fatimah Az-Zahara Wanita Solehah Sinaran Zaman”, kerana didakwa mempunyai unsur aliran Syiah.
Ia juga mengharamkan “Misteri Merong Maha Wangsa dan Penyebaran Islam di Timur (Part 1) Kisah Khalifah Sharif Yang Di-Pertuan Kedah dan Legasinya”, kerana didakwa “mengelirukan” pembaca mengenai sejarah Kedah.
Turut diharamkan “Kisah Para Nabi”, “Kasyaf Al-Haq (Mengenal Allah)”, “Kisah-kisah Ghaib Dalam Hadis Sahih”, “Agama Allah Rahmat dan Penyelamat Bagi Seluruh Alam”, “At-Thariq Ilallah Thariqat Al-Hassaniyyah”, “Berdialog Dengan Jin Islam”, “Piramid: Rahsia Purba Yang Dapat Anda Manfaatkan”, “Menyingkap Misteri Pulau Besar”, “Bid’ah Menurut Ahli Sunnah Wal-Jamaah (Di Dalam Buku ini Terjawab Berbagai Persoalan Bid’ah) Jilid 1”, “Aina Allah? Mana Allah” dan “Menanti Buah Hati dan Hadiah Untuk Yang Dinanti”.
Beberapa judul juga diharamkan kerana mengandungi unsur lucah.
from PenangKini http://ift.tt/2wsMC06
By Info Melayu
Demikianlah Artikel Buku G25, kisah puteri Nabi antara 18 diwartakan haram
Sekianlah artikel Buku G25, kisah puteri Nabi antara 18 diwartakan haram kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Buku G25, kisah puteri Nabi antara 18 diwartakan haram dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/08/buku-g25-kisah-puteri-nabi-antara-18.html
0 Response to "Buku G25, kisah puteri Nabi antara 18 diwartakan haram"
Catat Ulasan