Judul : ADUN Penanti Dedah Kilang Haram Diugut Gangster 'Mau Cari Makan'
link : ADUN Penanti Dedah Kilang Haram Diugut Gangster 'Mau Cari Makan'
ADUN Penanti Dedah Kilang Haram Diugut Gangster 'Mau Cari Makan'
Selepas dipulaukan oleh pemimpin Pakatan Harapan Pulau Pinang kerana mendedahkan isu kilang haram di Sungai Lembu, Permatang Pauh; ADUN Penanti, Dr Norlela Ariffin diugut pula oleh gangster yang mendakwa ADUN PKR itu telah menutup 'periuk nasi' mereka.
Kata Dr Norlela, beliau menerima panggilan telefon oleh individu tidak dikenali dan mengherdiknya "useless ADUN", "ADUN tak guna tutup kilang Sg Lembu" dan "kacau orang mau (mahu) cari makan".
"Juga, penyokong Pakatan Harapan menuduh saya menjadi orang Barisan Nasional. Rakan-rakan seperjuangan juga dah jauhkan diri dan bagi ruang untuk saya pertahankan diri," katanya dipetik Facebooknya semalam.
Jelas Norlela, tindakannya mendedahkan operasi kilang haram pembakaran habuk kayu (sawdust) yang dikatakan menjadi punca penduduk kampung menghidap kanser sehingga berlaku kematian adalah hasil aduan penduduk kampung sendiri.
Melampirkan pautan petisyen ditandatangani 180 penduduk kampung, beliau berkata bantahan terhadap binaan kilang berkenaan sudah disuarakan sejak tahun 2015 lagi.
Lantaran selaku wakil rakyat kawasan berkenaan, Dr Norlela membawa isu ini ke pihak bertanggungjawab.
"Justeru, apabila rakyat melihat petisyen yang ditandatangani oleh penduduk dan surat daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sg Lembu, maka saya harap rakyat akan faham bahawa sebagai wakil rakyat, saya tiada pilihan lain selain membangkitkan suara rakyat ke pelbagai mesyuarat jawatankuasa tindakan daerah, sidang DUN, mesyuarat majlis pimpinan dan hanya membuat aduan kepada polis selepas saya diugut," ujarnya.
Pendedahan Dr Norlela terhadap isu kilang haram Sg Lembu membawa kepada penangkapan Exco Kerajaan Negeri Hal Ehwal Tanah dan Pembangunan Tanah merangakap ADUN DAP, Phee Boon Poh.
Boon Poh diberkas SPRM dan aset termasuk akaun bank bernilai RM2 juta telah dibekukan.
Mengulas mengenai ugutan diterima oleh Dr Norlela, penganalisis politik Lim Sian See beranggapan bahawa ianya merupakan hukuman akibat menentang pentadbiran DAP Pulau Pinang.
"Inilah yang akan terjadi jika anda menentang DAP, parti gangster.
"Mentaliti dan tindakan gangster ini yang dicetuskan daripada keangkuhan kejayaan semasa PRU13 dan sokongan kuat oleh pengundi bukan Melayu meluas dalam parti mereka - daripada Tokong (Lim Guan Eng) di peringkat tertinggi yang membuli media dan suka menghina orang ramai sehingga serendah-rendah RBA Cybertrooper," kata LSS.
- mD
from PenangKini http://ift.tt/2vZ8OMe
By Info Melayu
Demikianlah Artikel ADUN Penanti Dedah Kilang Haram Diugut Gangster 'Mau Cari Makan'
Sekianlah artikel ADUN Penanti Dedah Kilang Haram Diugut Gangster 'Mau Cari Makan' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel ADUN Penanti Dedah Kilang Haram Diugut Gangster 'Mau Cari Makan' dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/08/adun-penanti-dedah-kilang-haram-diugut.html
0 Response to "ADUN Penanti Dedah Kilang Haram Diugut Gangster 'Mau Cari Makan'"
Catat Ulasan