Tiada Rombakan Besar-Besaran Dalam JPJ

Tiada Rombakan Besar-Besaran Dalam JPJ - Hallo sahabat Info Melayu, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tiada Rombakan Besar-Besaran Dalam JPJ, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertainment, Artikel Filem, Artikel Kabar, Artikel Movie, Artikel News, Artikel Pelakon, Artikel Politic, Artikel Sport, Artikel Tiada Rombakan Besar-Besaran Dalam JPJ, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tiada Rombakan Besar-Besaran Dalam JPJ
link : Tiada Rombakan Besar-Besaran Dalam JPJ

Baca juga


Tiada Rombakan Besar-Besaran Dalam JPJ


PUTRAJAYA: Tiada keperluan untuk diadakan rombakan besar-besaran dalam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) susulan pertukaran dua pegawai kanan jabatan itu ke jabatan lain, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi.

"Tiada rombakan, hanya mengisi tempat yang kosong sahaja," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Penghargaan Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Operasi Bersepadu sempena Hari Raya Aidilfitri peringkat Kebangsaan, di sini hari ini.

Beliau ditanya jika JPJ akan melakukan rombakan besar-besaran susulan pertukaran Timbalan Ketua Pengarah Operasi JPJ, Datuk Yusoff Ayob dan Pengarah Penguat Kuasanya Datuk V Valluvan Veloo ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkuat kuasa Jumaat lepas.

Menurut laporan, pertukaran Yusoff dipercayai mempunyai kaitan dengan kes mahkamah yang dihadapinya berhubung penggunaan lorong kecemasan manakala pertukaran Valluvan dipercayai berkaitan dengan insiden pembabitan tiga anggota Pasukan Tindakan Khas (PTK) JPJ dalam kes pecah masuk pejabat Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Nadzri Siron pada 13 Julai lepas.

Mengenai tiga anggota PTK terbabit, Abdul Aziz berkata, tindakan terhadap mereka akan diputuskan JPA dan polis juga masih menyiasat kes berkenaan.

"Oleh kerana ia kes jenayah, polis akan mengambil tindakan sewajarnya," katanya. Sementara itu, Abdul Aziz berkata satu modul pendidikan keselamatan jalan raya baharu untuk sekolah rendah dan menengah akan dikeluarkan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) tahun depan.

Menurutnya, modul itu yang akan dijadikan sisipan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu itu diperkukuhkan lagi dengan info grafik dan praktikal serta sesuai dengan situasi di negara ini.

Abdul Aziz berkata modul sedia ada yang diguna pakai sejak 10 tahun lepas adalah mengikut modul Australia yang tidak lagi sesuai untuk dipraktikkan di negara ini.

"Pendidikan keselamatan jalan raya sangat penting bagi melahirkan masyarakat yang berdisiplin dan memahami keperluan mematuhi peraturan jalan raya," katanya.

Selain JKJR, turut terlibat dalam pembentukan modul baharu itu ialah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros) dan Universiti Putra Malaysia (UPM). -- BERNAMA

from SARAWAKIANA http://ift.tt/2utAzxk
By Info Melayu


Demikianlah Artikel Tiada Rombakan Besar-Besaran Dalam JPJ

Sekianlah artikel Tiada Rombakan Besar-Besaran Dalam JPJ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tiada Rombakan Besar-Besaran Dalam JPJ dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/07/tiada-rombakan-besar-besaran-dalam-jpj.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tiada Rombakan Besar-Besaran Dalam JPJ"

Catat Ulasan