Industri Binaan Perlu Sedia Beralih Kepada IBS Sebelum Dikuat Kuasa

Industri Binaan Perlu Sedia Beralih Kepada IBS Sebelum Dikuat Kuasa - Hallo sahabat Info Melayu, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Industri Binaan Perlu Sedia Beralih Kepada IBS Sebelum Dikuat Kuasa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertainment, Artikel Filem, Artikel Industri Binaan Perlu Sedia Beralih Kepada IBS Sebelum Dikuat Kuasa, Artikel Kabar, Artikel Movie, Artikel News, Artikel Pelakon, Artikel Politic, Artikel Sport, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Industri Binaan Perlu Sedia Beralih Kepada IBS Sebelum Dikuat Kuasa
link : Industri Binaan Perlu Sedia Beralih Kepada IBS Sebelum Dikuat Kuasa

Baca juga


Industri Binaan Perlu Sedia Beralih Kepada IBS Sebelum Dikuat Kuasa


PUTRAJAYA: Penggiat industri pembinaan perlu bersedia dalam tempoh tigatahun untuk peralihan kepada penggunaan kaedah Sistem Bangunan Berindustri (IBS) sebelum syarat mandatori dikuat kuasa melalui peruntukan undang-undang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, perkara tersebut diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tinggi Mengenai Penguatkuasaan Pelaksanaan Penggunaan IBS Dalam Industri Pembinaan yang dipengerusikannya di Bangunan Menara Parlimen di Kuala Lumpur hari ini.

Penggunaan IBS dalam industri pembinaan perlu diterajui oleh sektor swasta bagi meningkatkan tahap penggunaan IBS pada skala besar kerana nilai dan bilangan projek dalam sektor pembinaan swasta sentiasa lebih besar dari segi jumlah keseluruhannya," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, mesyuarat hari ini adalah susulan keputusan Kabinet pada 17 Mei lepas yang bertujuan memperhalusi cadangan mewajibkan penggunaan IBS dalam industri pembinaan negara melalui penggubalan undang-undang dengan meminda Undang-Undang kecil Bangunan Seragam sedia ada.

Katanya, berdasarkan statistik, nilai keseluruhan projek swasta pada 2015 adalah RM111 bilion bagi 5,395 projek iaitu 82 peratus daripada nilai keseluruhan projek di Malaysia, berbanding nilai bagi projek sektor awam yang secara keseluruhan sebanyak RM24 bilion (18 peratus) bagi 1,822 projek.

Pada 2016, nilai keseluruhan projek swasta mencatat RM126.3 bilion bagi 4,851 projek iaitu 72 peratus daripada nilai keseluruhan projek di Malaysia berbanding projek sektor awam yang secara keseluruhannya bernilai RM50 bilion (18 peratus) bagi 1,696 projek, katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, pembinaan secara IBS terbukti dapat memendekkan tempoh penyiapan projek, dan secara tidak langsung membolehkan pihak pemaju projek menjual lebih banyak bangunan atau rumah dengan cepat.

"Penggunaan teknologi dan kaedah IBS dalam sektor pembinaan akan dapat menyumbang kepada peningkatkan produktiviti sebanyak 2.5 kali dan akan menjana nilai tambah kepada pendapatan pekerja binaan sehingga US$16,500 menjelang 2020," katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa berdasarkan rekod Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), beberapa projek ikonik negara yang telah berjaya dibina sebelum ini menggunakan kaedah IBS termasuk Menara Kembar Petronas, KL Sentral, Stadium Nasional Bukit Jalil, Menara Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Dalam perkembangan yang sama, beliau berkata, mesyuarat berkenaan turut mempertimbangkan beberapa syor dan cadangan yang dikemukakan Kementerian Kerja Raya melalui CIDB seperti memperluaskan kuasa pihak berkuasa tempatan dalam usaha menguatkuasakan dasar IBS, meningkatkan peranan CIDB dalam pelaksanaan kaedah itu.

Antara pertimbangan lain ialah mengkaji semula perjanjian jual dan beli bagi mengurangkan tempoh pembinaan serta mengurangkan tenaga kerja kurang mahir untuk projek kerajaan.

Mesyuarat itu dihadiri oleh Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar; Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Bala Mohan; Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abd Mutalib serta ketua-ketua setiausaha kementerian dan ketua jabatan serta agensi berkaitan. - BERNAMA

from SARAWAKIANA http://ift.tt/2uVoqlA
By Info Melayu


Demikianlah Artikel Industri Binaan Perlu Sedia Beralih Kepada IBS Sebelum Dikuat Kuasa

Sekianlah artikel Industri Binaan Perlu Sedia Beralih Kepada IBS Sebelum Dikuat Kuasa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Industri Binaan Perlu Sedia Beralih Kepada IBS Sebelum Dikuat Kuasa dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/07/industri-binaan-perlu-sedia-beralih.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Industri Binaan Perlu Sedia Beralih Kepada IBS Sebelum Dikuat Kuasa"

Catat Ulasan