Judul : KENYATAAN MEDIA : KEMPEN PERANGI FITNAH MEDIA SOSIAL
link : KENYATAAN MEDIA : KEMPEN PERANGI FITNAH MEDIA SOSIAL
KENYATAAN MEDIA : KEMPEN PERANGI FITNAH MEDIA SOSIAL
“Hari ini, dengan adanya teknologi di tangan, amat mudah untuk sesiapa sahaja sebarkan maklumat, tetapi malangnya ramai yang tidak ambil peduli mengenai kesahihan maklumat atau berita yang diterima dan terus menyebarkannya.
“Marilah kita lebih bertanggungjawab dalam menggunakan teknologi yang ada, dan insya-Allah Malaysia akan kekal harmoni dan dalam peliharaan Allah SWT,”
YAB Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia
06 Disember 2015
1) PENGENALAN
· Penyebaran fitnah di media sosial oleh keyboard warrior menjadi semakin keterlaluan dan agak sukar untuk dibenteras kerana mereka menganggap sebagai hak peribadi, selain bercakap mengenai kebebasan mereka dalam negara demokrasi.
· Fitnah adalah inputasi atau tuduhan yang berkecenderungan merendahkan reputasi seseorang yang menjadi sasaran dengan mengharapkan watak tersebut dibenci, dihina dan dipandang rendah oleh orang lain.
· Sebenarnya sikap terlalu mudah membuat persepsi merupakan sesuatu yang berbahaya kerana membantu kearah menyebarkan fitnah, berpunca dari melayani rasa seronok demi untuk kepuasan diri tanpa rasa bersalah.
· Faktor yang mendesak seseorang melakukan fitnah kerana ingin mendapatkan kuasa, pengaruh serta kepercayaan orang terhadap diri, malah ingin menunjukkan dirinya seorang yang lebih baik daripada orang yang jadi mangsanya.
· Ramai yang ghairah menjadi 'orang pertama' menyebarkan bahan berita (breaking news) walaupun apa yang disebarkan itu mungkin palsu melibatkan berita, bahan bergambar dan dokumen boleh direka cipta bagi menampakkan yang palsu itu benar dan yang batil itu dilihat betul dan berfakta.
2) TUJUAN KEMPEN PFMS
· Kempen “Perangi Fitnah Media Sosial” (PFMS) diadakan bertujuan menyedarkan masyarakat akan kesan-kesan penularan berita palsu terhadap sosial, ekonomi dan keselamatan Negara.
· Kempen ini sebagai usaha untuk pastikan sebaran fitnah terhadap individu, pemimpin, kerajaan, kementerian, agensi, badan bukan kerajaan (NGO) dan lain-lain yang tidak berasas dihentikan.
· Masyarakat diharapkan untuk tidak mudah berkongsi apabila menerima berita yang diragui kebenarannya berasaskan ungkapan peringatan “Tidak Pasti Jangan Kongsi”, “ Semak Sebelum Sebar” dan “ Fikir Sebelum Tular ”
· Ungkapan peringatan ini diharapkan dapat membantu menyuburkan budaya menyebarkan maklumat yang tepat dan berfakta kepada masyarakat bagi memelihara dan mengekalkan suasana kehidupan yang kondusif, harmoni dan sejahtera.
· Mangsa fitnah media sosial pula perlu tahu hak mereka, tanpa membiarkan diserang secara tidak bertanggungjawab dengan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)
· Beberapa buah Negara luar juga mula menyedari akan peri bahaya kegiatan memfitnah media sosial ini terhadap masyarakat dan negara mereka, lantas mengambil tindakan bertujuan menyekat kegiatan tersebut.
· Di Ukraine, sekumpulan sukarelawan terdiri daripada pensyarah, graduan, pelajar, wartawan, editor pakar IT dan penterjemah telah melancarkan portal stopfake.org bagi membenteras maklumat dan propaganda yang disebarkan di semua media, terutama media sosial.
· Para penyelidik di Indiana University, Amerika Syarikat pula membangunkan enjin carian Hoaxy iaitu satu program yang mengesan berita palsu yang menular di laman sosial mereka.
· Kementerian Komunikasi dan Maklumat Indonesia menggesa rakyat republik itu supaya memeriksa maklumat yang diperolehi melalui media sosial dan tidak berkongsi berita palsu dengan menubuhkan laman web www.turnbackhoax oleh kumpulan bebas Masyarakat Anti-Fitnah Indonesia (Mafindo).
· Manakala.Singapura pula melancarkan portal yang diberi nama Factually untuk menangani masalah berita palsu dalam talian.
3) AKTA KESALAHAN MEDIA SOSIAL
· Di Malaysia, kerajaan telah berkali-kali mengingatkan tentang bahayanya penyebaran berita palsu yang menjadi satu kesalahan dalam Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).
· Fitnah telah diperuntukan sebagai suatu jenayah khusus dalam Kanun Keseksaan di Bab 21, dari seksyen-seksyen 499-502. Seksyen 499 telah mentakrifkan perkataan “fitnah” dengan agak terperinci dan menyeluruh.
· Penjenayah yang didakwa dengan jenayah firnah ini jika disabitkan, boleh dihukum penjara selama tempoh sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.
· Fitnah yang disebarkan melalui internet juga termasuk dibawah peruntukan fitnah yang terkandung dalam kanun keseksaan ini.
· Justeru, seksyen 499 boleh digunakan kepada fitnah yang dilakukan di alam siber. Selain daripada itu, peruntukan dalam seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 juga mungkin terpakai memandangkan subseksyen (1) seksyen berkenaan memasukkan perkataan seperti “apa-apa komen….komunikasi lain yang…palsu….atau jelik sifatnya, dengan niat untuk menyakiti hati, menganiyai…orang lain”.
· Pindaan Seksyen 114A, Akta Keterangan 2012 yang dikuatkuasakan bermula 1 Jun 2012 dilakukan dalam usaha untuk menjadikan rakyat lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti di atas talian terutama mereka menggunakan nama samaran atau ketanpanamaan oleh pihak-pihak yang ingin melakukan jenayah siber.
· Di antara peruntukan undang-undang Malaysia yang boleh digunapakai kepada jenayah siber adalah Kanun Kesiksaan, Akta Hakcipta, Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Rahsia Resmi 1972, Akta Hasutan 1948, Akta Penerbitan dan Percetakan 1984, Akta Keterangan 1950 dan Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973.
4) REKOD KES FITNAH MEDIA SOSIAL
· Aliran aduan penyalahgunaan media sosial dilihat semakin meningkat dalam masa 5 tahun dari tahun 2013 hingga 2017.
· Pada tahun 2013 sebanyak 2,189 kes telah dilaporkan dan meningkat kepada 2,536 kes pada tahun 2014.
· Pada tahun 2015 juga meningkat sebanyak 77 kes berbanding sebelumnya kepada 2,603 kes.
· Peningkatan mendadak sebanyak 2,193 berlaku pada tahun 2016 iaitu meningkat 84% menjadikan keseluruhannya pada tahun tersebut hampir sekali ganda kepada 4,808 kes.
· Manakala jumlah aduan penyalahgunaan media sosial yang diterima Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sehingga September 2017 adalah sebanyak 4,702 kes dan dijangka meningkat sehingga penghujung tahun ini.
· Maklumat yang diterima daripada MCMC menyebut bahawa daripada jumlah 4,702 kes yang dicatat , 4,299 kes telah dikendalikan oleh pihak Biro Aduan kepada pengadu, manakala 403 kes lagi adalah untuk tindakan lanjut.
· Daripada 403 kes tindakan lanjut, 64 kes melibatkan Fitnah media sosial, 20 kes adalah berita palsu dan 43 kes melibatkan penyalahgunaan identiti palsu.
· Sementara itu, daripada data pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) merekodkan sebanyak 208 kes yang dilaporkan dari bulan Januari – November 2017 yang melibatkan penyalahgunaan jalur komunikasi.
5) KESAN FITNAH TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA
· Perbuatan menabur fitnah lebih kejam daripada membunuh kerana kesan kerosakannya lebih teruk dan berentetan.
· Antara kesan fitnah ialah menimbulkan keburukan dan mengaibkan seseorang dimana air muka seseorang itu tercemar dan imejnya tercalar.
· Fitnah secara tidak langsung juga boleh menyebabkan sesorang mangsa mengalami tekanan emosi dan masalah psikologi apabila timbul stigma, pandangan negatif dan prejudis terhadap mereka yang terbabit..
· Bukan itu sahaja, fitnah ialah satu perkara yang boleh merosakkan persaudaraan dan perpaduan. Kesan daripada menyebabkan permusuhan, pertelagahan serta hilangnya perasaan kasih sayang, hormat dan kepercayaan dalam kalangan masyarakat yang semangat persaudaraan luntur,
· Anasir fitnah yang berleluasa menyebabkan perkembangan ekonomi terbantut, keseimbangan negara dan keselamatan negara tergugat dan mampu mengundang pergolakan yang tidak terkawal.
· Keadaan yang tidak stabil ini memungkinkan berlakunya provokasi sentimen perkauman dan keagamaan, yang berakhir dengan kemusnahan akibat daripada peperangan dan pertumpahan darah.
6) LANGKAH-LANGKAH MEMERANGI FITNAH
· Menguatkuasakan undang-undang yang sedia kerana undang-undang tersebut bukan sekadar menyediakan hukuman berat kepada pesalah fitnah, malahan mampu mengingatkan Keyboard Warrior agar tidak sewenang-wenangnya menulis atau menyiarkan sesuatu yang tidak benar, memandangkan kesan daripadanya amat besar.
· Setiap Muslim seharusnya halusi setiap berita yang diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah. Sebarang informasi yang diterima mestilah terlebih dahulu dipastikan kesahihannya.
Firman dalam Surah al-Hujurat ayat 6, bermaksud :
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”
· Amalkan Prinsip Tabayyun, sepertimana yang dituntut oleh Islam iaitu 'Selidik dan Teliti' sebarang maklumat yang diterima sebelum menyebarkannya kepada pihak lain. Kaedah yang dipandu agama ini mampu menghidari gejala fitnah dari terus berlegar dalam radar media sosial.
· Bagi tujuan mendidik orang ramai mengenai pentingnya menyemak kesahihan berita yang ditular di laman sosial, kerajaan melalui KKMM mewujudkan portal pengesahan maklumat dikenali sebenarnya.my yang dilancarkan pada 14 Mac 2017 lepas.
7) RUMUSAN
· Fitnah media sosial bukan sahaja banyak membawa keburukan dalam kehidupan bermasyarakat bahkan ianya merupakan dosa besar dimana pemain dan penyebar fitnah disifatkan Islam sebagai sekeji-keji manusia.
· Setiap informasi yang diterima wajib diperhalusi dan diselidiki akan kesahihannya sebelum bertindak menyebarkannya kepada pihak lain.
· Amalkanlah adab dan saranan agama ketika berinteraksi dalam media sosial dan Ingatilah amaran Allah berkaitan perkara ini. Firman Allah di dalam Surah al-Ahzab, ayat 58 yang bermaksud :
“Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta dan berbuat dosa yang amat nyata.”
Terima kasih
YB Datuk Hj. Ahmad Hj Maslan
Pengerusi Biro IT UMNO Malaysia
from Datuk Ahmad Maslan http://ift.tt/2BCk6Ya
By Info Melayu
Demikianlah Artikel KENYATAAN MEDIA : KEMPEN PERANGI FITNAH MEDIA SOSIAL
Sekianlah artikel KENYATAAN MEDIA : KEMPEN PERANGI FITNAH MEDIA SOSIAL kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel KENYATAAN MEDIA : KEMPEN PERANGI FITNAH MEDIA SOSIAL dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/12/kenyataan-media-kempen-perangi-fitnah.html
0 Response to "KENYATAAN MEDIA : KEMPEN PERANGI FITNAH MEDIA SOSIAL"
Catat Ulasan