Ugutan Ketua Pengarah JPJ suruh bayar saman AES.. jangan takut..!!

Ugutan Ketua Pengarah JPJ suruh bayar saman AES.. jangan takut..!! - Hallo sahabat Info Melayu, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ugutan Ketua Pengarah JPJ suruh bayar saman AES.. jangan takut..!!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertainment, Artikel Filem, Artikel Kabar, Artikel Movie, Artikel News, Artikel Pelakon, Artikel Politic, Artikel Sport, Artikel Ugutan Ketua Pengarah JPJ suruh bayar saman AES.. jangan takut..!!, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ugutan Ketua Pengarah JPJ suruh bayar saman AES.. jangan takut..!!
link : Ugutan Ketua Pengarah JPJ suruh bayar saman AES.. jangan takut..!!

Baca juga


Ugutan Ketua Pengarah JPJ suruh bayar saman AES.. jangan takut..!!

GAGAL BAYAR KOMPAUN AKAN DIBAWA KE MAHKAMAH - APA ANDA PERLU LAKUKAN?

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Seri Nadzri Siron telah menyatakan bahawa pihak JPJ telah menerima arahan atai keizinan daripada Jabatan Peguam Negara untuk mengheret penerima saman AES yang tidak membayar kompaun dalam tempoh yang ditetapkan ke mahkamah. Walau pun begitu, kenyataan Ketua Pengarah JPJ tersebut hanya berkaitan saman AES yang dikeluarkan sejak AWAS dikuatkuasakan pada 15 April 2017. Ini bermaksud saman-saman AES yang dikeluarkan sebelum 15 April 2017 tidak terlibat untuk dibawa ke mahkamah.

Ramai yang mengeluh kerana dalam keadaan ekonomi tidak menentu, kos sara hidup semakin meningkat, harga minyak sekejap naik sekejap turun, tiba-tiba Kerajaan mengumumkan saman-saman AES akan dibawa ke Mahkamah.

Isu ini bukan baru. AES mula diperkenalkan 22 September 2012 dan kemudiannya prosiding mahkamah berkaitan saman AES dibekukan oleh Peguam Negara pada 18 Disember 2012 sehingga sekarang. Walau pun Ketua Pengarah JPJ menyatakan mereka sudah menerima arahan untuk membawa ke mahkamah, tiada sebarang tarikh yang dinyatakan bilakah ianya akan mula dibawa ke mahkamah.

Tindakan Ketua Pengarah JPJ menyatakan bahawa mereka sudah mendapat lampu hijau daripada Jabatan Peguam Negara untuk membawa ke mahkamah saman AES yang tidak dijelaskan kompaun hanyalah gertakan kepada pengguna supaya pengguna yang menerima saman AES untuk menjelaskan kompaun yang ditawarkan. Ini kerana sehingga hari ini kita masih tidak dimaklumkan bilakah saman-saman AES yang dikeluarkan sejak 15 April 2017 yang tidak dijelaskan kompaun akan dibawa ke Mahkamah. Bilakah prosiding di mahkamah akan dimulakan? Penerima saman terpinga-pinga. Perlu ke Mahkamah bila? Minggu depan? Bulan depan? Tahun depan? Bila? Kenapa tak ditetapkan bila akan dimulakan prosiding Mahkamah?

Jika benar akan membawa ke Mahkamah, nyatakan tarikhnya, bukan memasang perangkap ketakutan kepada pengguna supaya pengguna membayar kompaun.

Kepada penerima saman AES, ini nasihat kami :

a) Saman AES yang diserahkan kepada anda mempunyai tawaran kompaun. Kompaun bukan denda yang WAJIB dibayar. Kompaun hanya tawaran untuk penyelesaian saman di luar Mahkamah. Jika anda bayar, kes selesai. Jika anda tidak bayar BUKAN suatu kesalahan.

b) Jika anda memilih tidak membayar kompaun yang ditawarkan, anda perlu hadir ke mahkamah pada tarikh yang ditetapkan di dalam saman.

c) Di Mahkamah, anda boleh memilih untuk mengaku salah atau tidak. Jika memilih mengaku salah, Mahkamah akan jatuhkan hukuman mengikut undang-undang sedia ada. Jika memandu melebihi had laju yang dibenarkan, dendanya tidak kurang RM300 dan tidak lebih RM2000. Jika tidak mengaku salah, mahkamah akan tetapkan tarikh perbicaraan.

d) Proses perbicaraan di Mahkamah seperti yang pernah kami tulis di dalam page ini.

e) Kami Sekretariat ProtAES menyediakan khidmat guaman percuma kepada sesiapa yang tidak mengaku salah dan bersedia untuk bicara.

f) Anda boleh hubungi kami melalui email sekprotaes@gmail.com

Sila berikan maklumat peribadi anda untuk rekod kami :
a) Nama
b) No. Telefon
c) alamat surat menyurat/email
d) Salinan saman AES

Sekian.

Zulhazmi Shariff
Pengerusi
Sekretariat Protes AES (ProtAES)
25 Ogos 2017
3 Zulhijjah 1438


from KDL http://ift.tt/2eTHZla
By Info Melayu


Demikianlah Artikel Ugutan Ketua Pengarah JPJ suruh bayar saman AES.. jangan takut..!!

Sekianlah artikel Ugutan Ketua Pengarah JPJ suruh bayar saman AES.. jangan takut..!! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ugutan Ketua Pengarah JPJ suruh bayar saman AES.. jangan takut..!! dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/09/ugutan-ketua-pengarah-jpj-suruh-bayar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ugutan Ketua Pengarah JPJ suruh bayar saman AES.. jangan takut..!!"

Catat Ulasan