Tun M, Anwar, Daim tak dimaklum urus niaga BNM-forex, kata Nor Mohamed

Tun M, Anwar, Daim tak dimaklum urus niaga BNM-forex, kata Nor Mohamed - Hallo sahabat Info Melayu, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tun M, Anwar, Daim tak dimaklum urus niaga BNM-forex, kata Nor Mohamed, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel ANWAR, Artikel Artis, Artikel Daim tak dimaklum urus niaga BNM-forex, Artikel Entertainment, Artikel Filem, Artikel Kabar, Artikel kata Nor Mohamed, Artikel Movie, Artikel News, Artikel Pelakon, Artikel Politic, Artikel Sport, Artikel Tun M, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tun M, Anwar, Daim tak dimaklum urus niaga BNM-forex, kata Nor Mohamed
link : Tun M, Anwar, Daim tak dimaklum urus niaga BNM-forex, kata Nor Mohamed

Baca juga


Tun M, Anwar, Daim tak dimaklum urus niaga BNM-forex, kata Nor Mohamed

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Bekas penolong gabenor bank negara, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop mengakui dirinya tidak pernah berbincang dan memaklumkan kepada Menteri Kewangan dan Perdana Menteri berkenaan urus niaga Bank Negara Malaysia (BNM) dan mata wang asing (forex) antara tahun 1986 sehingga 1993.
 
Menteri kewangan yang dirujuk Nor Mohamed dalam tempoh yang disebut di prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) hari ini adalah Tun Daim Zainuddin dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
Manakala Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan perdana menteri pada ketika urus niaga itu sedang dijalankan.
 
"Saya tidak pada bila-bila masa pada tahun 1986 hingga 1993 berbincang dengan Menteri Kewangan mengenai urus niaga forex yang dijalankan oleh BNM.
 
"Saya tidak pada bila-bila masa pada tahun 1986 hingga 1993 berbincang dengan Perdana Menteri mengenai urus niaga forex yang dijalankan oleh BNM," katanya di hadapan panel RCI berkaitan kerugian membabitkan BNM dan urus niaga mata wang asing yang berlangsung sekitar 1990-an lalu.
 
Nor Mohamed merupakan saksi ke-17 yang dipanggil memberi keterangan dalam prosiding hari kelima di Istana Kehakiman, hari ini.
 
Beliau juga merupakan bekas penasihat kewangan BNM dan bekas menteri kewangan kedua di bahagian Unit Perancangan Ekonomi.
 
Terdahulu bekas peguam negara, Tan Sri Ainum Mohamad Saaid dan bekas gabenor bank negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dipanggil memberi keterangan pada pagi ini.
 
Zeti dalam keterangannya memaklumkan BNM mengalami kerugian sehingga sepuluh kali ganda dengan nilai sebanyak RM31.506 bilion antara tahun 1991 hingga 1994.
 
Untuk rekod pada 15 Februari lalu Pasukan Petugas Khas (PPK) ditubuhkan dan dipengerusikan bekas ketua setiausaha kerajaan Tan Sri Sidek Hassan, bertujuan menyiasat kerugian yang dialami bank pusat itu antara 1991 dan 1993.
 
Turut menganggotai ialah Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Kamaludin Md. Said; Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Berhad; Datuk Seri Tajuddin Atan; Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan, Tan Sri Saw Choo Boon; Ahli Institut Akauntan Malaysia, K. Pushpanathan dan Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan, Datuk Dr. Yusof Ismail yang juga setiausaha suruhanjaya siasatan itu.
 
Ia susulan pendedahan bekas penolong gabenor BNM, Datuk Abdul Murad Khalid awal Februari lalu bahawa bank pusat itu mengalami kerugian AS$10 bilion (RM44 bilion) dalam urus niaga perdagangan mata wang pada awal 90-an.
 
Bagaimanapun nilai kerugian itu masih dipertikaikan


from AR RISALAH الــرســالـة http://ift.tt/2wGCo9O
By Info Melayu


Demikianlah Artikel Tun M, Anwar, Daim tak dimaklum urus niaga BNM-forex, kata Nor Mohamed

Sekianlah artikel Tun M, Anwar, Daim tak dimaklum urus niaga BNM-forex, kata Nor Mohamed kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tun M, Anwar, Daim tak dimaklum urus niaga BNM-forex, kata Nor Mohamed dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/09/tun-m-anwar-daim-tak-dimaklum-urus.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tun M, Anwar, Daim tak dimaklum urus niaga BNM-forex, kata Nor Mohamed"

Catat Ulasan