STATUS PERMOHONAN PERLESENAN KELAB FAM/AFC OLEH PERSATUAN BOLASEPAK KEDAH DARUL AMAN (KFA).

STATUS PERMOHONAN PERLESENAN KELAB FAM/AFC OLEH PERSATUAN BOLASEPAK KEDAH DARUL AMAN (KFA). - Hallo sahabat Info Melayu, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul STATUS PERMOHONAN PERLESENAN KELAB FAM/AFC OLEH PERSATUAN BOLASEPAK KEDAH DARUL AMAN (KFA)., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertainment, Artikel Filem, Artikel Kabar, Artikel Movie, Artikel News, Artikel Pelakon, Artikel Politic, Artikel Sport, Artikel STATUS PERMOHONAN PERLESENAN KELAB FAM/AFC OLEH PERSATUAN BOLASEPAK KEDAH DARUL AMAN (KFA)., yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : STATUS PERMOHONAN PERLESENAN KELAB FAM/AFC OLEH PERSATUAN BOLASEPAK KEDAH DARUL AMAN (KFA).
link : STATUS PERMOHONAN PERLESENAN KELAB FAM/AFC OLEH PERSATUAN BOLASEPAK KEDAH DARUL AMAN (KFA).

Baca juga


STATUS PERMOHONAN PERLESENAN KELAB FAM/AFC OLEH PERSATUAN BOLASEPAK KEDAH DARUL AMAN (KFA).

KENYATAAN MEDIA
=================
STATUS PERMOHONAN PERLESENAN KELAB FAM/AFC OLEH PERSATUAN BOLASEPAK KEDAH DARUL AMAN (KFA).

1. Merujuk kepada kenyataan media bertarikh 7 September 2017 oleh Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin di laman sesawang www.fam.org.my berkenaan status permohonan perlesenan kelab untuk Liga Super dan AFC 2018, KFA telah menerima maklumbalas secara rasmi pada 30 Ogos 2017 berkenaan status permohonan tersebut.

2. KFA telah dimaklumkan oleh FAM berkenaan status First Instance Body (FIB) bahawa KFA tidak mendapat kelulusan dan perlu memberi penjelasan lebih lanjut hanya berkenaan 1 kriteria dalam kriteria kewangan. Proses seterusnya KFA perlu mengemukakan pengesahan samada untuk membuat rayuan kepada Appeal Body (AB) Badan Perlesenan Kelab FAM sebelum 4 September 2017. Dokumen sokongan untuk rayuan perlu dihantar sebelum Appeal Body bersidang yang dijadualkan pada 15 September 2017.

3. Untuk makluman, syarat-syarat perlesenan kelab, ada 6 kriteria utama pelesenan kelab perlu disediakan terlebih dahulu. 6 kriteria utama tersebut adalah:

i. Kriteria kesukanan;

ii. Kriteria infrastruktur;

iii. Kriteria pentadbiran;

iv. Kriteria undang-undang;

v. Kriteria kewangan;

vi. Kriteria perniagaan.

4. Keperluan setiap 6 kriteria utama ini yang kemudian dipecahkan kepada beberapa sub kriteria akan dinilai mengikut 3 gred iaitu:

i. Gred A – jika pasukan gagal memenuhi kriteria gred A, mereka tidak akan diberi lesen memasuki pertandingan AFC dan FAM.

ii.  Gred B – jika pasukan gagal memenuhi kriteria gred B, mereka masih boleh memasuki pertandingan AFC dan FAM jika mendapat kebenaran pemberi lesen.

iii. Gred C – jika pasukan gagal memenuhi kriteria gred C, mereka masih boleh memasuki pertandingan AFC dan FAM. Boleh berubah menjadi gred A dan B pada bila-bila masa.

5. Proses yang ditetapkan oleh badan perlesenan kelab FAM adalah seperti berikut:

a.  31 Julai: KFA telah menghantar semua dokumen permohonan Perlesenan Kelab melalui sistem kepada Badan Perlesenan Kelab FAM;

b. 25 Ogos: First Instance Body Perlesenan Kelab FAM bersidang untuk menentukan status keputusan permohonan;

c. 30 Ogos: Status keputusan mengenai permohonan Perlesenan Kelab dihantar kepada setiap pemohon.

d. 15 September: Appeal Body Perlesenan Kelab FAM dijadualkan akan bersidang untuk menyemak status rayuan permohonan yang tidak diluluskan oleh First Instance Body, keputusan akan dimaklumkan beberapa hari selepas Appeal Body bersidang;

e.  30 September: FAM akan merekodkan pasukan yang layak atau tidak layak diberikan lesen kelab oleh FAM bagi kejohanan Liga Malaysia serta kejohanan AFC musim 2018;

f. 31 Oktober: Badan Perlesenan Kelab FAM akan memaklumkan kepada AFC status muktamad kelab-kelab Liga Malaysia yang melepasi syarat Perlesenan Kelab FAM/AFC.

6. Permohonan KFA telah diputuskan belum mencapai kriteria oleh First Instance Body atas 1 aspek di dalam kriteria kewangan yang melibatkan perkara subjektif yang akan diselesaikan oleh pengurusan KFA sebelum Appeal Body dijadualkan bersidang pada 15 September ini.

7. KFA telah membuat permohonan kepada Badan Perlesenan Kelab FAM untuk mendapatkan lesen kelab bagi pertandingan anjuran FAM dan AFC bagi musim 2018.

8. Melalui keputusan yang dikeluarkan oleh FAM pada 30 Ogos lepas, 7 pasukan telah mendapat kelulusan iaitu JDT FC, PKNS FC, Selangor FA dan Pahang FA (lesen kelab FAM dan AFC) dan Perak FA, Pulau Pinang FA serta T-Team FC (lesen kelab FAM).

9. KFA (akan/telah) menghantar rayuan kepada Appeal Body dengan dokumen sokongan berkaitan untuk menjelaskan kedudukan sebenar mengikut keperluan First Instance Body melalui surat makluman asas alasan KFA tidak diberi kelulusan oleh First Instance Body.

10. KFA percaya semua persediaan yang telah dilakukan bermula dari pemohonan awal perlesenan kelab FAM dan AFC teratur mengikut aspek yang telah ditentukan oleh Badan Perlesenan Kelab FAM serta AFC dan akan terus memberi komitmen penuh bagi memastikan KFA mendapat lesen kelab.

11. Appeal Body dijadualkan akan bersidang pada 15 September ini bagi menilai rayuan pasukan yang tidak mendapat kelulusan perlesenan kelab melalui First Instance Body.

12. Selagi proses perlesenan kelab masih terbuka dan tidak muktamad, semua pihak berkepentingan dapat mengikuti perkembangan positif perlesenan kelab di Malaysia dan terus menyokong usaha KFA untuk mencapai tahap piawai dalam pengurusan bolasepak moden.

Sekian, terima kasih.

Kenyataan media oleh,

Dato’ Aminuddin Omar,
Setiausaha Kehormat
Persatuan Bolasepak Kedah Darul Aman


from KDL http://ift.tt/2wO32gU
By Info Melayu


Demikianlah Artikel STATUS PERMOHONAN PERLESENAN KELAB FAM/AFC OLEH PERSATUAN BOLASEPAK KEDAH DARUL AMAN (KFA).

Sekianlah artikel STATUS PERMOHONAN PERLESENAN KELAB FAM/AFC OLEH PERSATUAN BOLASEPAK KEDAH DARUL AMAN (KFA). kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel STATUS PERMOHONAN PERLESENAN KELAB FAM/AFC OLEH PERSATUAN BOLASEPAK KEDAH DARUL AMAN (KFA). dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/09/status-permohonan-perlesenan-kelab.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "STATUS PERMOHONAN PERLESENAN KELAB FAM/AFC OLEH PERSATUAN BOLASEPAK KEDAH DARUL AMAN (KFA)."

Catat Ulasan