Judul : SPRM ambil tindakan terhadap Guan Eng
link : SPRM ambil tindakan terhadap Guan Eng
SPRM ambil tindakan terhadap Guan Eng
Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memutuskan untuk mengambil tindakan terhadap Lim Guan Eng berikutan kenyataan fitnah Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkenaan penahanan exco kerajaan negeri beliau, Phee Boon Poh sebelum ini.Suruhanjaya itu dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan, keputusan itu dibuat secara sebulat suara oleh pengurusan tertingginya setelah Guan Eng enggan memohon maaf atas kenyataan fitnah bahawa penahanan Boon Poh sebagai `penahanan haram oleh SPRM’ walaupun telah diberi satu tempoh masa untuk berbuat demikian.
Berikutan itu, SPRM akan mengemukakan keputusan yang telah dibuat kepada Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk tindakan selanjutnya mengikut peruntukan undang-undang.
“Ingin juga ditegaskan, SPRM menghormati hak serta kebebasan mana-mana pihak untuk mengkritik tetapi tidak akan sama sekali bertolak ansur jika mereka didapati mengeluarkan kenyataan fitnah khususnya berhubung siasatan yang sedang dijalankan dengan tujuan mencemarkan serta menjejaskan imej dan reputasi SPRM.
“SPRM tidak mempunyai kepentingan dalam mana-mana siasatan dan akan menyiasat setiap kes tanpa mengambil kira jawatan, ideologi politik dan kedudukan individu yang disiasat itu,” kata suruhanjaya itu. - UTUSAN ONLINE.
from PenangKini http://ift.tt/2wBl4og
By Info Melayu
Demikianlah Artikel SPRM ambil tindakan terhadap Guan Eng
Sekianlah artikel SPRM ambil tindakan terhadap Guan Eng kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel SPRM ambil tindakan terhadap Guan Eng dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/09/sprm-ambil-tindakan-terhadap-guan-eng.html
0 Response to "SPRM ambil tindakan terhadap Guan Eng"
Catat Ulasan