Judul : PSM buat pengumuman unilateral, PH akan letak calon di Sungai Siput
link : PSM buat pengumuman unilateral, PH akan letak calon di Sungai Siput
PSM buat pengumuman unilateral, PH akan letak calon di Sungai Siput
Oleh Shuhaniza Said
SHAH ALAM: Tindakan Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang mengumumkan akan bertanding di kerusi DAP di Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) membuktikan parti itu tidak ikhlas bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), sebaliknya hanya bertujuan memecahkan undi blok pembangkang.
Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming berkata, memandangkan PSM membuat pengumuman secara unilateral tanpa sebarang rundingan, maka Pakatan Harapan (PH) akan meletakkan calon di kerusi Parlimen Sungai Siput, kerusi yang disandang wakil PSM, Dr Michael Jeyakumar.
Jeyakumar merupakan penyandang kerusi Parlimen Sungai Siput sejak 2008.
"DAP berasa kecewa PSM umum tanding kerusi DAP tanpa sebarang rundingan.
"Sekiranya PSM seperti kenyataan mereka menganggap Umno-BN sebagai musuh utama, mereka harus bertanding di kawasan yang telah dimenangi oleh Umno tetapi terbukti parti soliasis sayap kiri ini hanya fokus dalam kerusi yang sudah dimenangi oleh pembangkang, terutamanya DAP. Oleh itu ia amat jelas dimana pendirian mereka yang sebenar.
"Memandangkan PSM telah membuat pengumuman sendiri untuk bertanding di kerusi-kerusi DAP, Pakatan Harapan akan bertanding di Parlimen Sungai Siput supaya ia memberi peluang kepada Pengundi2 di Sungai Siput membuat pilihan yang lebih bijaksana siapa yang mampu menggantikan Umno-BN," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Nga yang juga Ahli Parlimen Taiping menambah, DAP mahupun PH tidak gentar dengan cabaran PSM kerana parti itu tidak mampu menggugat keyakinan pengundi di negeri itu terhadap pembangkang.
"...telah terbukti pada pilihan raya dulu, iaitu pada 2008 dan 2013, PSM juga bertanding tiga Penjuru di DUN Jelapang tetapi kedua-dua kali parti itu hilang deposit pertaruhan.
"Sejarah membuktikan pengundi-pengundi Perak sudah hantar mesej jelas mereka tolak PSM," ujarnya lagi.
Semalam, PSM mengumumkan akan bertanding di tujuh kerusi di Perak pada PRU14.
Ahli Jawatankuasa PSM Pusat, S Arutchelvan berkata, enam daripada tujuh kerusi itu disandang wakil DAP.
Tujuh kerusi tersebut membabitkan dua kerusi parlimen iaitu Batu Gajah dan Sungai Siput serta lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu Tronoh, Menglembu, Jelapang, Buntong dan Malim Nawar.
Kecuali Parlimen Sungai Siput, semua kerusi terbabit dimenangi calon DAP pada PRU13.
Arutchelvan berkata, PSM bagaimanapun sedia berunding dan memberi laluan kepada DAP sekiranya parti itu dapat mengemukakan calon lebih baik, berkualiti serta mampu memperjuangkan kepentingan rakyat berbanding calon PSM.
from AR RISALAH الــرســالـة http://ift.tt/2wCVuh2
By Info Melayu
Demikianlah Artikel PSM buat pengumuman unilateral, PH akan letak calon di Sungai Siput
Sekianlah artikel PSM buat pengumuman unilateral, PH akan letak calon di Sungai Siput kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PSM buat pengumuman unilateral, PH akan letak calon di Sungai Siput dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/09/psm-buat-pengumuman-unilateral-ph-akan.html
0 Response to "PSM buat pengumuman unilateral, PH akan letak calon di Sungai Siput"
Catat Ulasan