Judul : Prosiding RCI: Mahathir tidak pernah masuk bilik urusniaga Forex
link : Prosiding RCI: Mahathir tidak pernah masuk bilik urusniaga Forex
Prosiding RCI: Mahathir tidak pernah masuk bilik urusniaga Forex
Seorang pengarah di Jabatan Pengurusan Tukaran Asing Bank Negara Malaysia (BNM) memberitahu Suruhanjaya Siasatan (RCI) Untuk Menyiasat Kes Kerugian Akibat Urus Niaga Mata Wang Asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM), bahawa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah memasuki bilik urus niaga tukaran asing (forex di London).
Azman Mat Ali, 54, menjawab "beliau tidak pernah" kepada soalan oleh peguam Dr Mahathir, Mohamed Haniff Khatri Abdulla sama ada Dr Mahathir pernah memasuki bilik dagangan ketika Azman menjalankan urusan dagangan forex.
Mengenai soalan sama ada Azman bertugas di pejabat Bank Negara, London ketika Dr Mahathir merasmikan pembukaan bilik dagangan forex di London, beliau berkata upacara itu diadakan beberapa tahun sebelum beliau ditugaskan sebagai peniaga mata wang di pejabat itu.
Beliau berkata sebagai peniaga ketika itu beliau menjalankan urus niaga atas arahan ketua peniaga dan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.
"Selain melaporkan kepada Nor Mohamed dan ketua peniaga, tiada siapa yang tahu sebesar mana dagangan forex yang dilakukan," katanya.
from KDL http://ift.tt/2wK154X
By Info Melayu
Demikianlah Artikel Prosiding RCI: Mahathir tidak pernah masuk bilik urusniaga Forex
Anda sekarang membaca artikel Prosiding RCI: Mahathir tidak pernah masuk bilik urusniaga Forex dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/09/prosiding-rci-mahathir-tidak-pernah.html
0 Response to "Prosiding RCI: Mahathir tidak pernah masuk bilik urusniaga Forex"
Catat Ulasan