Judul : PH tiada dalam kamus PAS
link : PH tiada dalam kamus PAS
PH tiada dalam kamus PAS
Tahun 2015 PAS batalkan tahaluf dengan DAP melalui usul dari Cawangan ke Kawasan ke Dewan dan akhirnya ke Muktamar sebelum disahkan oleh Majlis Syura Ulama.Tahun 2017 PAS batalkan tahaluf dengan PKR melalui usul dari Cawangan ke Kawasan ke Dewan dan akhirnya ke Muktamar sebelum disahkan sekali lagi oleh Majlis Syura Ulama.
Selepas pembatalan tahaluf pada 2015 dan 2017, tiada sebarang usul dan perbincangan dibuat untuk menyambung semula tahaluf dengan bekas rakan-rakan dalam PR ini.
Bersama Parti Bersatu, PAS tak pernah mengikat sebarang ikatan rasmi. Adalah sekejap kita pernah berkawan di jalanan. Sekadar kawan saja. Tak pernah ada komitmen janji setia. Jadi tak timbul isu kita putus dengan Bersatu kerana kita memang tak pernah ada ikatan.
PAS tak bernah hadir sebarang majlis dan mesyuarat yang ada kaitan dengan PH. Kita tak pernah terhegeh-hegeh. Pinggan tak retak nasi tak dingin! PH tak ada dalam kamus perjuangan PAS.
Yang hadir dalam program PH ialah individu dalam PAS yang suka makan nasi dingin guna pinggan retak. Elok-elok di rumah sendiri ada nasi hangat dalam pinggan Corelle, nasi dingin dalam pinggan retak di rumah orang lain juga yang dicari! Perangai anak tak pandai nak jaga air muka ibu-bapa.
Dr Azman Ibrahim
AJK PAS Pusat
from The Malaysian View - Latest News http://ift.tt/2wqY3nH
By Info Melayu
Demikianlah Artikel PH tiada dalam kamus PAS
Sekianlah artikel PH tiada dalam kamus PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PH tiada dalam kamus PAS dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/09/ph-tiada-dalam-kamus-pas.html
0 Response to "PH tiada dalam kamus PAS"
Catat Ulasan