Judul : Pembantaian etnik Rohingya langgar undang-undang antarabangsa
link : Pembantaian etnik Rohingya langgar undang-undang antarabangsa
Pembantaian etnik Rohingya langgar undang-undang antarabangsa
MALAYSIA DATELINEPresiden AMANAH Mohamad Sabu menyifatkan kekejaman tentera Myanmar terhadap etnik Rohingya sebagai pelanggaran nilai-nilai kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa.
Beliau menegaskan, kebiadaban regim Myanmar perlu diambil tindakan segera oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).
"Ayuh masyarakat antarabangsa, bertindaklah segera untuk selamatkan masyarakat Rohingya yang sedang teraniaya," katanya dalam kenyataan.
Mengulas mengenai laporan terkini mengatakan bahawa ada kumpulan militan Rohingya bertindak menyerang balai-balai polis di Myanmar, beliau berkata pihak pemerintah Burma berhak memerangi dan melawan kumpulan bersenjata.
Namun kata beliau, anehnya yang diperangi adalah rakyat awam mirip kepada penghapusan etnik Rohingya.
"Setiap negara yang berdaulat, merdeka dan mengamalkan demokrasi, maka negara itu adalah negara yang bermaruah dan berintegriti.
"Sebarang usaha untuk menjatuhkan pemerintah berdaulat dengan cara mengangkat senjata perlu ditentang sekeras-kerasnya oleh pemerintah dan rakyat," katanya.
Dilaporkan sudah lebih 80 ribu warga Rohingya menyeberangi sungai, menggadai nyawa ke Bangladesh.
Ratusan sudah meninggal dunia dalam perjalanan dan hampir kesemua mereka adalah masyarakat awam yang bukan mengangkat senjata.
Media antarabangsa melaporkan keganasan pasukan keselamatan Myanmar terhadap etnik Islam Rohingya di Rakhine kali ini adalah antara yang terburuk dalam sejarah negara itu.
Hampir 90,000 golongan berkenaan melarikan diri ke Bangladesh selain ada yang terperangkap di kawasan pergunungan tanpa sebarang bekalan asas.
Laporan media menyebut pasukan tentera Myanmar melancarkan operasi ke atas masyarakat minoriti itu selepas sekumpulan kecil militan Rohingya melakukan serangan terhadap pos kawalan sempadan pada Ogos lalu yang menyaksikan 12 anggota pasukan keselamatan Myanmar terbunuh
from AR RISALAH الــرســالـة http://ift.tt/2w5RpzU
By Info Melayu
Demikianlah Artikel Pembantaian etnik Rohingya langgar undang-undang antarabangsa
Sekianlah artikel Pembantaian etnik Rohingya langgar undang-undang antarabangsa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pembantaian etnik Rohingya langgar undang-undang antarabangsa dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/09/pembantaian-etnik-rohingya-langgar.html
0 Response to "Pembantaian etnik Rohingya langgar undang-undang antarabangsa"
Catat Ulasan