Judul : Pakatan Harapan Selangor Bakal Buat Kejutan
link : Pakatan Harapan Selangor Bakal Buat Kejutan
Pakatan Harapan Selangor Bakal Buat Kejutan
Pakatan Harapan Selangor Bakal Buat Kejutan. Datuk Seri Mohamed Azmin Ali enggan mengulas sama ada mesyuarat pertama Pakatan Harapan Selangor membincangkan isu pembahagian kerusi di negeri itu, ketika negara sedang bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum ke-14.
Pengerusi PH Selangor itu juga tidak mahu mengulas mengenai kesediaan gabungan menghadapi pertandingan 3 penjuru menentang BN dan PAS, dan berkata perkara itu akan dibincangkan secara teliti kemudian.
Pakatan Harapan Selangor Bakal Buat Kejutan. “Saya sudah keluar kenyataan berhubung mesyuarat PH Selangor hari ini. Rujuk kenyataan saya. Tiada ulasan lain dan kita bincang kemudian,” katanya ketika ditemui pemberita selepas solat Jumaat di Batu Caves hari ini.
Azmin ditanya mengenai pembahagian kerusi dan pertandingan 3 penjuru selepas media melaporkan gabungan pembangkang peringkat pusat mengumumkan akan menghentikan usaha PKR berpakat dengan PAS. Azmin, yang juga timbalan presiden PKR, mendedahkan rundingan itu, bertujuan untuk mengelakkan pertandingan 3 penjuru di Selangor, dilakukan dengan mandat parti.
Namun Pengerusi PH Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sebarang rundingan kerusi dengan PAS boleh menjejaskan parti komponen gabungan itu, terutamanya Amanah dan PPBM.
Azmin dalam kenyataan hari ini berkata mesyuarat hari ini menumpukan kepada pembentukan struktur Pakatan Harapan Selangor.
Azmin mengumumkan Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah (PKR), Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua (DAP), Izham Hashim (Amanah) dan Datuk Abdul Rashid Asari (PPBM) dilantik timbalan pengerusi.
Pakatan Harapan Selangor Bakal Buat Kejutan
Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin (PKR) dilantik setiausaha, dibantu Kamarul Hisham Yeop Hashim (Amanah) selaku penolong, Adun Subang Jaya Hannah Yeoh (DAP) dilantik bendahari dan Datuk Sukiman Sarmani (PPBM) dilantik ketua penerangan.
Adun Seri Andalas Xavier Jeyakumar (PKR) dlantik pengarah pilihan raya, Adun Hulu Klang Saari Sungib (Amanah) dilantik pengerusi jawatankuasa manifesto, dan Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo (DAP) dilantik pengerusi biro undang-undang.
“Mesyuarat juga telah membincangkan secara dasar tentang manifesto dan gerak kerja pilihan raya termasuk program-program penerangan yang akan memberikan pencerahan dan maklumat kepada rakyat mengenai kejayaan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor,” kata Azmin menerusi kenyataan hari ini.
Rabu lalu, Timbalan Pesuruhjaya (1) PAS Selangor Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata tiada arahan daripada pusat untuk menamatkan rundingan dengan PKR.
Pakatan Harapan Selangor Bakal Buat Kejutan
“PAS Selangor bersedia berbincang dengan sesiapa pun demi kebaikan rakyat dan negara,” kata Yunus.
Gabungan pembangkang mentadbir Selangor sejak 2008. PAS ketika ini mempunyai 13 Adun di Dewan Negeri Selangor, 3 exco di majlis mesyuarat kerajaan negeri, seorang timbalan speaker dan ramai ahli majlis di peringkat pihak berkuasa tempatan. - fmt
Iklan
from Addin http://ift.tt/2wOuj2y
By Info Melayu
Demikianlah Artikel Pakatan Harapan Selangor Bakal Buat Kejutan
Sekianlah artikel Pakatan Harapan Selangor Bakal Buat Kejutan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pakatan Harapan Selangor Bakal Buat Kejutan dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/09/pakatan-harapan-selangor-bakal-buat.html
0 Response to "Pakatan Harapan Selangor Bakal Buat Kejutan"
Catat Ulasan