MO1 bercakap kepada dirinya sendiri?

MO1 bercakap kepada dirinya sendiri? - Hallo sahabat Info Melayu, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MO1 bercakap kepada dirinya sendiri?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertainment, Artikel Filem, Artikel Kabar, Artikel MO1 bercakap kepada dirinya sendiri?, Artikel Movie, Artikel News, Artikel Pelakon, Artikel Politic, Artikel Sport, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MO1 bercakap kepada dirinya sendiri?
link : MO1 bercakap kepada dirinya sendiri?

Baca juga


MO1 bercakap kepada dirinya sendiri?

 ARIF ATAN

Najib Razak Hanipa Maidin


Ahli Jawatankuasa AMANAH Nasional, Hanipa Maidin berpendapat Malaysia Official 1 (MO1) merujuk kepada diri pemimpin yang terpalit dengan skandal mega 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu sendiri apabila menyebut tentang keengganan sesetengah pihak untuk bersara.

Ahli parlimen Sepang itu berkata, sindiran MO1 itu ketika Malaysia dikatakan tersenarai sebagai negara yang memiliki persaraan terbaik di dunia dilihat bukan merujuk kepada Tun Mahathir seperti dijangka banyak pihak.

"Ramai juga orang yang mengatakan MO1 mungkin merujuk atau sindir antara lain kepada Tun M sebab dia tak sebut sebarang nama.

"Maaf, saya berbeza pendapat. Saya rasa dia mungkin rujuk kepada diri dia sendiri," ujarnya berhubung ucapan Datuk Seri Najib Razak dalam program 'Sepetang bersama Perdana Menteri di Taman Tugu Kuala Lumpur', kelmarin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan tahun lalu dilapor mengesahkan MO1 yang disebut sebanyak 36 kali dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat ialah Najib.

Menyangkal tanggapan hanya orang gila sahaja bercakap merujuk kepada dirinya sendiri, Hanipa bagaimanapun secara sinis menyifatkan terdapat pelbagai jenis gila termasuk gila kuasa.

"Bila saya kata begitu, ada orang kata hanya orang gila saja bercakap merujuk kepada dirinya sendiri. Saya jawab balik 'gila ni macam-macam jenis sheikh, ada juga yang gila kuasa'.

"Tiba-tiba saya teringat dengan kenyataan yang pernah dibuat oleh seseorang, 'kita bukan gila kuasa tapi kita nak ambil kuasa daripada orang gila'," tambahnya lagi dipetik dari status Facebook peguam itu.


from AR RISALAH الــرســالـة http://ift.tt/2xNb1uL
By Info Melayu


Demikianlah Artikel MO1 bercakap kepada dirinya sendiri?

Sekianlah artikel MO1 bercakap kepada dirinya sendiri? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MO1 bercakap kepada dirinya sendiri? dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/09/mo1-bercakap-kepada-dirinya-sendiri.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "MO1 bercakap kepada dirinya sendiri?"

Catat Ulasan