'Method' Anwar kawal pemimpin dari penjara punca PKR berpecah - Hishamuddin Rais

'Method' Anwar kawal pemimpin dari penjara punca PKR berpecah - Hishamuddin Rais - Hallo sahabat Info Melayu, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Method' Anwar kawal pemimpin dari penjara punca PKR berpecah - Hishamuddin Rais, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel 'Method' Anwar kawal pemimpin dari penjara punca PKR berpecah - Hishamuddin Rais, Artikel Artis, Artikel Entertainment, Artikel Filem, Artikel Kabar, Artikel Movie, Artikel News, Artikel Pelakon, Artikel Politic, Artikel Sport, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Method' Anwar kawal pemimpin dari penjara punca PKR berpecah - Hishamuddin Rais
link : 'Method' Anwar kawal pemimpin dari penjara punca PKR berpecah - Hishamuddin Rais

Baca juga


'Method' Anwar kawal pemimpin dari penjara punca PKR berpecah - Hishamuddin Rais


MERUJUK kepada apa yang sedang berlaku dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekarang. Merujuk kepada wujudnya perbezaan pandangan diantara beberapa sosok pimpinan PKR.


Perbezaan pendapat dalam parti politik, dalam NGO atau dalam apa sahaja badan atau persatuan adalah pekara biasa. Malah perbezaan pendapat wajib digalakkan untuk melahirkan percambahan pendapat.

Ini agak berbeza dari apa yang berlaku dalam PKR sekarang.

Perbezaan pendapat dan pandangan dalam PKR ini telah, sedang dan akan mengganggu Pakatan Harapan dalam saat dan masa yang amat kritikal - ketika menghadapi PRU14.

Pada hemat saya perbezaan pendapat ini berpunca dari cara dan pendekatan atau method Ketua Umum PKR Anwar  Ibrahim mengendali dan mengurus pimpinan.

Contohnya: Dalam satu pekara yang sama Anwar Ibrahim telah memberi pandangan, memberi arahan yang berbeza-beza dari satu sosok kepada yang lain. 

Misalnya kepada Si Polan A Saudara Anwar telah memberi  pandangan lain dari  yang diberi kepada kepada Si Polan B. Dan agak berbeza juga dari yang diterima oleh Si Polan C.
Ini menimbulkan kekeliruan. Buktinya apa yang sedang berlaku sekarang dalam agenda memutuskan kerjasama  PKR dengan Parti Islam PAS.

Cara atau method dan pendekatan memimpin  seperti ini tidak baik. Ianya  tidak melahirkan keputusan yang kompak dan tuntas. Hasilnya ialah cerai-berai.

Wajib disedari memenjarakan Anwar bertujuan menafikan PKR pimpinan dan buah fikir Anwar. Penjara telah memisahkan Anwar dari nadi fikrah rakyat yang sentiasa berubah dan bergerak setiap detik.

Penjara telah memustahilkan Anwar dari dapat  membuat keputusan dan mengeluarkan pandangan tentang politik harian yang betul dan tepat.

Dalam penjara Anwar tidak menerima semua pandangan dengan jelas. Dalam penjara maklumat sampai terputus-putus. Pengalaman dalam penjara membuktikan bahawa maklumat yang sampai bukan saja tidak tuntas malah ada kemungkinan dimasuki oleh "aji-no-moto".

Dalam penjara kita memiliki masa yang banyak. Justeru kita boleh membaca. Kita boleh menulis. Malah berangan-angan dan berkhayal dalam penjara bukan satu jenayah. Mengelamun dan bernostalgia juga boleh dilakukan tanpa gangguan dalam penjara.

Pada hemat saya apa yang wajib dilakukan oleh Anwar ialah menulis, berfikir, menulis dan berfikir.

Menulis dan berfikir tentang padangan dan teori dan falsafah politik yang wajib diajukan oleh dirinya kepada rakyat Malaysia.

Antonio Gramci seorang ahli Parlimen Parti Komunis Italy mengeluarkan Prison Notebooks - hasil dari penjara. Menjadi rujukan ilmu hinnga ke hari ini.

Tan Melaka dari Parti Komunis Indonesia melahirkan  Madilog dan buku Dari Penjara Ke Penjara - hasil dari penjara. Menjadi rujukan ilmu hingga ke hari ini.

Nelson Mandela pula melahirkan Long Walk To Freedom - hasil dari penjara. Menjadi bacaan wajib untuk aktivis politik hingga ke hari ini.

Patriot dari Korea Selatan, Kim Chi Ha terus menulis puisi dari dalam penjara selepas 27 tahun dipenjara. Menjadi rujukan seni hinnga ke hari ini.

Anwar wajib sedar tentang Julai, 2018. Pada hari itu, Anwar wajib  telah bersedia dengan magnum opus dari dirinya  untuk dihadiahkan kepada rakyat Malaysia pada Julai 2018.

Magnum opus Anwar ditunggu oleh rakyat. Rakyat tidak mahu lagi mendengar  kisah dirinya  disepak atau dirinya dihina.

Zaman kisah itu telah tamat.

from PenangKini http://ift.tt/2gAFQLs
By Info Melayu


Demikianlah Artikel 'Method' Anwar kawal pemimpin dari penjara punca PKR berpecah - Hishamuddin Rais

Sekianlah artikel 'Method' Anwar kawal pemimpin dari penjara punca PKR berpecah - Hishamuddin Rais kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Method' Anwar kawal pemimpin dari penjara punca PKR berpecah - Hishamuddin Rais dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/09/method-anwar-kawal-pemimpin-dari.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "'Method' Anwar kawal pemimpin dari penjara punca PKR berpecah - Hishamuddin Rais"

Catat Ulasan