Judul : Kunjungan Najib jumpa Trump, campur tangan asing paling tinggi, dakwa Mahathir
link : Kunjungan Najib jumpa Trump, campur tangan asing paling tinggi, dakwa Mahathir
Kunjungan Najib jumpa Trump, campur tangan asing paling tinggi, dakwa Mahathir
BORHAN AHMADTindakan Presiden Amerika, Donald Trump membawa Datuk Seri Najib Razak ke negara itu adalah satu campur tangan antarabangsa yang paling tinggi untuk urusan dalam negara ini, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Tindakan ini adalah percubaan untuk bersihkan imejnya (Najib) dalam negara ini," katanya dalam temubual secara langsung dengan portal berita, The Malaysian Insight melalui Facebook.
Namun bagi bekas Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun itu ia tidak akan berjaya.
"Itu yang diharapkan tetapi saya yakin rakyat Malaysia tidak akan terima perkara ini," kata Mahathir dalam temubual yang turut disertai oleh Lim Kit Siang itu.
Pengarang The Malaysian Insight, Jahabar Sadiq menjadi moderator.
Menurut Mahathir, kerajaan selalu menuduh pembangkang membawa orang asing untuk campur tangan dalam urusan dalaman negara ini.
"Sekarang dia mahu jumpa Mr Trump. Tentu sekali ia adalah satu percubaan untuk membersihkan imejnya dalam negara ini.
"Ini adalah campur tangan tertinggi kuasa asing ke atas politik dalaman kita," kata Mahathir dalam temubual itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan lawatan kerja ke Washington atas jemputan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada 12 September ini.
Menurut kenyataan dikeluarkan Wisma Putra, Malaysia dan Amerika Syarikat melihat lawatan ini adalah sempena meraikan ulang tahun ke 60 hubungan dua hala yang dipertingkatkan di bawah kepimpinan Perdana Menteri kepada perkongsian komprehensif berdasarkan kepentingan bersama.
Kedua-dua pemimpin itu dijangka membincangkan isu berkaitan keselamatan negara, perjuangan global membabitkan keganasan, ekstremisme, perdagangan serta pelaburan yang akan memberi manfaat kepada negara dan masyarakat.
Kunjungan ini berlaku ketika Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat bertindak ke atas 1MDB dengan membekukan aset syarikat milik negara itu.
from AR RISALAH الــرســالـة http://ift.tt/2xOuewe
By Info Melayu
Demikianlah Artikel Kunjungan Najib jumpa Trump, campur tangan asing paling tinggi, dakwa Mahathir
Sekianlah artikel Kunjungan Najib jumpa Trump, campur tangan asing paling tinggi, dakwa Mahathir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kunjungan Najib jumpa Trump, campur tangan asing paling tinggi, dakwa Mahathir dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/09/kunjungan-najib-jumpa-trump-campur.html
0 Response to "Kunjungan Najib jumpa Trump, campur tangan asing paling tinggi, dakwa Mahathir"
Catat Ulasan