Judul : ‘Kit Siang buka aib sendiri, gesa Najib tolak jemputan Trump’
link : ‘Kit Siang buka aib sendiri, gesa Najib tolak jemputan Trump’
‘Kit Siang buka aib sendiri, gesa Najib tolak jemputan Trump’
Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Irmohizam Ibrahim berkata, pemimpin pembangkang seperti Penasihat DAP, Lim Kit Siang seharusnya faham memenuhi jemputan seumpama itu adalah satu peranan besar bagi Malaysia dalam usaha menjalin hubungan diplomatik.
“Malah, ia merupakan lawatan rasmi danberupaya meningkatkan hubungan dua hala yang lebih komprehensif dan progresif,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.Beliau mengulas tindakan Kit Siang menghantar surat terbuka kepada anggota Kabinet pada 28 Ogos lalu, menggesa mereka membatalkan lawatan kerja Najib ke Washington yang dijadualkan 12 September ini.
Irmohizam yang juga ahli Parlimen Kuala Selangor berkata, tindakan Kit Siang itu membuka aib sendiri yang mereka gagal memahami konsep mentadbir negara dengan baik.
“Jika beginilah cara mereka berfikir dan bertindak, maka Malaysia tidak akan dipandang tinggi dan dihormati negara maju lain,” katanya.
Irmohizam berkata, tindakan pembangkang itu seolah-olah mahu menggagalkan lawatan tersebut kerana bimbang segala usaha mereka memburuk-burukkan kepimpinan Najib akan gagal, setelah pertemuan Trump dan Najib.
from PenangKini http://ift.tt/2vEg3MK
By Info Melayu
Demikianlah Artikel ‘Kit Siang buka aib sendiri, gesa Najib tolak jemputan Trump’
Sekianlah artikel ‘Kit Siang buka aib sendiri, gesa Najib tolak jemputan Trump’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel ‘Kit Siang buka aib sendiri, gesa Najib tolak jemputan Trump’ dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/09/kit-siang-buka-aib-sendiri-gesa-najib.html
0 Response to "‘Kit Siang buka aib sendiri, gesa Najib tolak jemputan Trump’"
Catat Ulasan