Judul : Kilang Haram,Sikap Kerajaan DAP Pulau Pinang timbul kesangsian
link : Kilang Haram,Sikap Kerajaan DAP Pulau Pinang timbul kesangsian
Kilang Haram,Sikap Kerajaan DAP Pulau Pinang timbul kesangsian
Naib Pengerusi Gerakan negeri, Oh Tong Keong berkata, sehingga kini, kerajaan negeri belum mendedahkan surat daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang mengarahkan kilang itu ditutup sedangkan mereka sebelum ini berani mengemukakan surat daripada jabatan sama mengatakan premis berkenaan bebas pencemaran.
Katanya, beliau mengesyaki kerajaan negeri menyembunyikan sesuatu berhubung operasi kilang itu walaupun beberapa kali dibangkitkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Dr. Norlela Ariffin sejak beberapa tahun lalu.
“Hampir 180 orang kampung sudah menghantar petisyen bantahan kepada Pejabat Ketua Menteri pada 25 September tahun lalu.
“Surat itu disahkan diterima tetapi tiada sebarang tindakan lanjut. Adakah kerajaan negeri membelakangkan suara rakyat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Sebelum ini, Koordinator Gerakan Padang Kota, H’ng Khoon Leng mendesak kerajaan negeri mengemukakan surat arahan penutupan kilang daripada JAS dan membuktikan dakwaan terdapat pekerja cedera selepas terjatuh dalam relau kilang terbabit.
Utusan
from PenangKini http://ift.tt/2eFmS9u
By Info Melayu
Demikianlah Artikel Kilang Haram,Sikap Kerajaan DAP Pulau Pinang timbul kesangsian
Sekianlah artikel Kilang Haram,Sikap Kerajaan DAP Pulau Pinang timbul kesangsian kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kilang Haram,Sikap Kerajaan DAP Pulau Pinang timbul kesangsian dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/09/kilang-haramsikap-kerajaan-dap-pulau.html
0 Response to "Kilang Haram,Sikap Kerajaan DAP Pulau Pinang timbul kesangsian"
Catat Ulasan