Judul : Kaunter pejabat ZPP di Balik Pulau terbakar
link : Kaunter pejabat ZPP di Balik Pulau terbakar
Kaunter pejabat ZPP di Balik Pulau terbakar
Kaunter di aras bawah bangunan Pejabat Zakat Pulau Pinang (ZPP) di Titi Teras, Jalan Sungai Pinang di sini terbakar dalam satu kejadian lewat malam tadi.
Kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu dipercayai berpunca daripada salah sebuah komputer di kaunter aras bawah bangunan dua tingkat berkenaan tidak dimatikan suisnya.
Dalam kebakaran itu, beberapa peralatan yang diletakkan di kaunter seperti mesin pencetak, mesin kira wang, meja dan penghawa dingin turut terbakar.
Jurucakap polis berkata, api berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Balik Pulau.
“Siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku,” katanya. - UTUSAN ONLINE
from PenangKini http://ift.tt/2wDkHIa
By Info Melayu
Demikianlah Artikel Kaunter pejabat ZPP di Balik Pulau terbakar
Sekianlah artikel Kaunter pejabat ZPP di Balik Pulau terbakar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kaunter pejabat ZPP di Balik Pulau terbakar dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/09/kaunter-pejabat-zpp-di-balik-pulau.html
0 Response to "Kaunter pejabat ZPP di Balik Pulau terbakar"
Catat Ulasan