Jemaah Haji Malaysia Doakan Negara Stabil, Sejahtera

Jemaah Haji Malaysia Doakan Negara Stabil, Sejahtera - Hallo sahabat Info Melayu, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jemaah Haji Malaysia Doakan Negara Stabil, Sejahtera, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertainment, Artikel Filem, Artikel Jemaah Haji Malaysia Doakan Negara Stabil, Artikel Kabar, Artikel Movie, Artikel News, Artikel Pelakon, Artikel Politic, Artikel Sejahtera, Artikel Sport, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jemaah Haji Malaysia Doakan Negara Stabil, Sejahtera
link : Jemaah Haji Malaysia Doakan Negara Stabil, Sejahtera

Baca juga


Jemaah Haji Malaysia Doakan Negara Stabil, Sejahtera

ARAFAH, 31 Ogos – Jemaah haji Malaysia yang menjalani ibadah wukuf di Arafah pada Khamis, mendoakan supaya Malaysia kekal dengan nikmat kestabilan, kesejahteraan dan keselamatan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki ketika membacakan doa berkenaan, sambil diaminkan jemaah haji Malaysia, turut berharap Malaysia serta pemimpin negara dilindungi daripada segala keburukan dan keaiban.
“Hindarilah kami daripada segala kemungkaran dan kemaksiatan. Pimpinlah kami sekalian ke jalan yang engkau (Allah) reda buat selama-lamanya,” katanya semasa membacakan doa selepas menyampaikan khutbah Arafah pada hari wukuf, Khamis.
Turut hadir Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim; Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Datuk Seri Johan Abdullah dan Ketua Rombongan Haji Malaysia 1438 Hijrah Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
Dalam doa tersebut turut dipohonkan supaya rakyat Malaysia dan pemimpin negara dikurniakan sifat terpuji.
“Hiasilah diri kami dengan akhlak kesopanan yang tinggi, tanamkanlah ke dalam jiwa kami rasa rendah diri,” pintanya.
Rakyat Malaysia juga diminta menzahirkan kesyukuran atas nikmat pembangunan dan kemerdekaan Malaysia.
“Kekalkanlah pembangunan yang telah kami laksanakan sama ada yang berbentuk material atau spiritual (kerohanian). Martabatkanlah negara kami dan seluruh rakyat dengan kemuliaan di sisi-Mu Allah,” mohonnya.
Jemaah haji Malaysia turut bersyukur dengan kemajuan yang diperoleh itu hasil kemerdekaan dan kebijaksanaan pemimpin yang dianugerahkan oleh Allah SWT.
“Hindarkanlah kami daripada segala rupa bentuk kemungkaran dan kemaksiatan, peliharalah kami daripada segala bencana. Kurniakanlah kami dengan hikmah dan kebijaksanaan serta ketajaman fikiran agar kami (rakyat) dapat terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara,” mohon beliau.
Terdahulu, Asyraf Wajdi menyampaikan khutbah Arafah di salah satu maktab perkhemahan jemaah haji Malaysia.
Khutbah Arafah juga dibacakan serentak oleh beberapa tokoh agama di 13 lagi maktab perkhemahan pada hari wukuf itu.
Dalam khutbah itu, Asyraf Wajdi berkata kekuatan sesebuah negara hanya akan berada di puncak kejayaan apabila perpaduan dan kesatuan dijaga sebaiknya mengikut apa disabdakan Nabi Muhammad SAW dalam khutbah Wada’ di Arafah.
Beliau berkata khutbah Arafah itu membawa umat Islam mengingati akan bagaimana jatuh dan bangunnya sesebuah kerajaan Islam serta mereka perlu bermuhasabah diri bahawa segala perkara tersebut terjadi disebabkan diri mereka sendiri.
Katanya khutbah terakhir Nabi Muhammad SAW pada 9 Zulhijjah tahun 10 Hijrah di Arafah, harus dihayati oleh umat Islam pada hari ini agar meresap dalam jiwa mereka.
Wukuf adalah rukun haji yang dilakukan dengan seluruh jemaah berada di padang Arafah pada satu waktu yang sama iaitu mulai tergelincirnya matahari (waktu Zuhur) pada 9 Zulhijjah (31 Ogos) sehingga sebelum fajar pada 10 Zulhijjah.
Dianggarkan lebih dua juta umat Islam dari seluruh dunia berkumpul di Arafah untuk menjalani ibadah wukuf, rukun yang jika ditinggalkan menyebabkan haji tidak sah. Cara pelaksanaan ibadah wukuf ini adalah dengan berdiam diri (dan berdoa) di padang luas di sebelah timur luar kota Makkah.
Pada hari wukuf itu juga lebih 1,000 jemaah haji Malaysia mengambil bahagian dalam majlis khatam al-Quran sempena World#QuranHour 2017.

from PenangKini http://ift.tt/2iRkgGG
By Info Melayu


Demikianlah Artikel Jemaah Haji Malaysia Doakan Negara Stabil, Sejahtera

Sekianlah artikel Jemaah Haji Malaysia Doakan Negara Stabil, Sejahtera kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jemaah Haji Malaysia Doakan Negara Stabil, Sejahtera dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/09/jemaah-haji-malaysia-doakan-negara.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Jemaah Haji Malaysia Doakan Negara Stabil, Sejahtera"

Catat Ulasan