Judul : Isu Rohingya perlukan perhatian antarabangsa - Reezal Merican
link : Isu Rohingya perlukan perhatian antarabangsa - Reezal Merican
Isu Rohingya perlukan perhatian antarabangsa - Reezal Merican
KEPALA BATAS 3 Sept. – Isu penindasan terhadap etnik Rohingya di Myanmar memerlukan perhatian antarabangsa secara keseluruhan kerana itu merupakan satu ancaman dan jenayah kemanusiaan.Reezal Merican Naina Merican
Biarpun Malaysia sentiasa konsisten memantau setiap insiden yang berlaku serta sering membangkitkan perkara itu, namun ia dilihat masih belum cukup untuk membuka mata dunia.
Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, Malaysia juga mengutuk kejadian yang mengakibatkan hampir 400 orang terbunuh terutama pejuang Rohingya dalam pertempuran di barat laut Myanmar untuk tempoh seminggu lalu.
“Malaysia sentiasa konsisten memperjuangkan nasib pelarian Rohingya yang menjadi mangsa kekejaman dan mengutuk keras insiden yang berlaku sehingga memaksa ribuan rakyat melarikan diri ke Bangladesh.
“Pada masa sama kita juga masih mengumpulkan maklumat sebenar tentang apa yang berlaku kerana pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga tidak dibenarkan masuk ke sana,” katanya selepas menyertai Program Korban Perdana Parlimen Kepala Batas di Permatang Langsat dekat Pinang Tunggal, di sini hari ini.
Sebanyak 43 ekor lembu dikorbankan pada program itu yang dihadiri lebih 1,000 penduduk yang bergotong-royong menguruskan daging itu.
Katanya, Malaysia sebelum ini telah beberapa kali menghulurkan bantuan seperti yang dilakukan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam Misi Food Flotilla for Myanmar yang merupakan tindakan untuk Malaysia menzahirkan sokongan dan simpati terhadap etnik Rohingya.
“Selain itu mesyuarat tergempar Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) juga telah diadakan bagi membuka mata dunia mengenai isu ini serta sebagai usaha mendesak kerajaan Myanmar supaya mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi menghentikan kekejaman dan penindasan ke atas etnik tersebut,” katanya.
Dalam berkembangan berkaitan, Reezal Merican yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas berkata, beliau menerima dengan positif ‘pengiktirafan’ yang diberikan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang mengakui kawasan Parlimen itu adalah kubu kuat Barisan Nasional (BN).
Namun begitu, menurutnya, pihaknya tidak mengambil mudah dengan kenyataan itu sebaliknya akan sentiasa bekerja keras memenangi hati rakyat serta menjaga kebajikan semua penduduk di Kepala Batas tanpa mengira batas politik.
“Kejayaan BN di kawasan Parlimen ini adalah kesinambungan pemimpin terdahulu yang mengutamakan rakyat dan kenyataan Guan Eng itu mengesahkan semuanya, tetapi kami tak pernah ambil mudah dengan apa yang dikatakan itu serta tak mendabik dada sebaliknya akan terus bekerja untuk rakyat,” katanya.
Guan Eng baru-baru ini mendakwa Pas hanya berangan-angan seperti Mat Jenin apabila berhasrat merampas Kepala Batas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 kerana kawasan itu adalah kubu kuat UMNO.
from PenangKini http://ift.tt/2eB9frV
By Info Melayu
Demikianlah Artikel Isu Rohingya perlukan perhatian antarabangsa - Reezal Merican
Sekianlah artikel Isu Rohingya perlukan perhatian antarabangsa - Reezal Merican kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Isu Rohingya perlukan perhatian antarabangsa - Reezal Merican dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/09/isu-rohingya-perlukan-perhatian.html
0 Response to "Isu Rohingya perlukan perhatian antarabangsa - Reezal Merican"
Catat Ulasan